Permata Bahagia


marhaban2u.com

Wednesday, September 18, 2013

ini kisahku siri 10



Salam.. terasa gatal pulak tangan ni nak menaip kisah pertunanganku. Sukar untuk ku gambarkan perasaan ini dengan kata-kata mahupun tulisan. Hanya secebis dapat ku coretkan.. cewah.. introduktion dah menarik..kihkih..
Alhamdulillah, 10/11/2012.. tarikh bermakna buatku. Satu perjanjian pertunangan dilangsungkan. Ku jemput jiran-jiran, saudara mara, sorang dua kawan.. tak ramai. Kira2 seratus orang jemputan. Tapi, alhamdulillah meriah sekali. Sungguh mereka pandai meraikan aku. 

Kira2, 2.30pm, rombongan lelaki sampai dengan membawa 11 dulang hantaran serba merah yang cantik2 belaka. Belahku juga tak kurang cantiknya dengan 13 dulang hantaran serba purple.
Setelah upacara berlangsung aku masih di atas dengan sudah siap bersolek hasil tangan akak iparku dan sepupuku. Fist time betul2 bersolek. Haha.. dah hilang rupa sebenar aku kot.. cantik..(kalah lisa surihani..hehe) tak tahulah apa yang dibincangkan. Yang pastu setelah itu aku dipanggil turun untuk upacara menyarungkan cincin.. 

Amboi, time tu macam artis la pulak.. camera lap lup lap lup ambil gambarku.. dengan baju kurung dengan tudung dan selendang purple, dikelilingi gadis2.. terasa macam tuan puteri sekejap..hehe. dalam hatiku berbisik.. ‘’Ya Allah, kalau sebegini pun dah terasa indah.. pasti tak dapat dibayangkan indahnya menjadi bidadari syurga..ya Allah, aku nak jadi bidadari syurga.. izinkan aku ya Allah..’’ sayu rasa hati sekejap.
Seorang ibu menyarungkan cincin pada jariku.. ibu mana lagi, bakal mertuaku la. Malunya rasa diserta dengan darah gemuruh. Sampai terlupa pulak nak salam. Nasib baik sepupuku ingatkan.. sorry ibu mertuaku..hehe lalu tangan itu ku kucup.

Setelah upacara itu, jamuan makan pun bermula. Semua menjamu selera tak kurang juga yang tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar hantaran. Aku pun turut bergambar dengan barang2 hantaran dan sepupu- sepupuku. Cukup meriah. 

 Tunangku..? 
barangkali baru keluar dari kereta dan menjamu selera. Sebelum ini memang tak pernah langsung aku perkenalkan tunangku pada saudara maraku mahupun kawan-kawan. Ini la peluang sepupu dan kawan2 mengintai tuanangku itu.. haha pasti dia malu bila diintai ramai2 sebegitu..hehe

Dan, aku tidak merancang untuk bergambar dengan tunangku. Ku sangka selepas dia makan dia terus sahaja pulang. Tiba-tiba ummi memanggilku mengatakan tunangku hendak berjumpa denganku. Dengan seribu satu persoalan bermain di fikiranku.. kenapa dia tiba2 nak jumpa aku? Apa yang hendak di perkatakan? Sebelum ini kalau nak cakap apa2 dia mesej je, xde nak jumpa bagai.. kenapa?.. hatiku berdebar-debar dan kecut perut rasa.. berat langkahku untuk bertemu dengannya.
Langkahku tiba-tiba patah setelah aku lihat dia menuju masuk ke rumah. Tapi pelik.. tak macam nak jumpa aku pun. Dia seakan terpingga-pingga memandang saudara maraku.. 

Haah.. aku tahu, aku terkena.. terkena tipu...huhu alang-alang terkena, dia pun di situ, terus aku perkenalkan pada saudara mara dan jiran-jiranku yang itulah tunangku. Apa lagi camera datang berduyun la untuk mengambil gambar kami. Terasa tak manis pulak untuk bergambar berdua. Lalu ku ajak sekali mak cik ku untuk bergambar. Dan tak lupa juga bersama insan penting dalam hidupku iaitu ummi dan ayah tercinta. Kalau dapat bergambar dengan ibu dan ayah tunangku rasa lebih seronok, tapi apakah daya. Mereka telah bertolak pulang.. tak sempat. Tu la.. tak rancang nak bergambar..  habis setakat disitu. Faizil pun bersalaman dengan ummi dan ayah dan minta izin untuk pulang..

Haha.. aku mendapatkan ibuku bertanyakan soalan apakah benar faizil nak jumpa denganku?.. rupanya Cuma helah sahaja. Ummi cakap dengan faizil yang saudara nak kenal sebab itu faizil masuk ke rumah. Manakala aku pulak dikatanya faizil nak jumpa..hehe saje je kan ummiku dengan sepupu-sepupuku berpakat. Tapi.. sweet juga. Maka dengan ini terpatrilah aku sebagai tunangan orang.








Sunday, September 8, 2013

kisah temuduga bhgn 2



Ok, sebelum diaorang kata duduk, aq berdiri je. Sehingga diaorang jemput duduk baru aq duduk. Fail2 yang lengkap juga telah aq serahkan untuk dinilai seperti keputusan SPM, sijil2 kokurikulum, dan butiran lain. Soalan pertama, sama seperti yang ku andaikan..

Penemuduga 1: sila berkenalkan diri dan latar belakang keluarga..
Aku: bla..bla.. bla.. (cerita je selagi diaorang tak cakap stop..huhu)


Penemuduga 2: jawatan apa yang awak pilih. Dan ceritakan serba sedikit tentang jawatan tu..
Aku: bla.. bla.. bla.. (lama jugak kot, sampai dalam hati kata adoi, bila la dia nak cakap stop. Aq dah habis cakap pun dia masih cakap lagi.. lagi...) tips di sini.. kena banyak knowledge tentang jawatan di pohon.
Penemuduga 1: kenapa awak pilih jawatan makmal, farmasi, pergigian.. ini semua office hour.. kenapa makmal number 1..?.. (kenapa.. kenapa..dan banyak lagi kenapa)
 Tips aq disini, kena bijak jawab soalan diaorg. Dan yang paling utama korang kena jawab ‘’minta’’. Kalau tak tau macam mana nak jawab soalan diaorang, jawab minat banyak2 kali pun takpe.. sampai pemeriksa ke2 yang hensem tu tersenyum2 tengok aku, kerana asyik jawab minat jer..haha lantaklah..


Penemuduga 1: mesti sebelum ni u ada baca-baca buku tentang makmal ni sebelum datang temuduga kan. Namakan dua jenis bakteria..?
Aduh!.. aq dah lama tak buka buku sains, asyik sebuk dengan exam mekanikal aq jer.. takkan nak menipu. Lebih baik jujur dari buat2 pandai.. aku geleng kepala cakap tak tau..

Penemuduga 1: satu pun takpe, cuba je sebut?
Aq jawab je ameba.. pemeriksa jawab salah. Adoi.. satu point hilang di situ.

Pemeriksa 2: ok, pakaian makmal macam mana? Lengan panjang atau pendek? Kenapa warna putih? Untuk apa?
Aku: warna putih, lengan panjang, untuk protection, lab kod.. (jawapan aq dibantu juga serba sedikit oleh penemuduga yang hensem ni. Nampaknya, dia banyak membantu.. syukur, tak la jem sangant otak aku ni.)

Penemuduga 2: berapa jenis kumpulan darah? Sila nyatakan jenis kumpulan darah? Kumpulan darah apakah yang dia boleh terima darah dari kump darah lain tetapi tak boleh derma dan kumpulan darah apakah yang dia boleh derma tetapi dia tak boleh terima dari kump darah lain? Kalau kumpulan darah O, boleh terima kumpulan darah O tak? Awak pasti dengan jawapan awak?
Hatiku menjerit2 gembira bila dia tanya pasal bloog group..fuhh. memang tajuk nie aku paling suka dalam subjek biologi dulu. Ko tanya la macam mana pun.. insyallah aku boleh jawab. Hatiku bermonolog. Alhamdulillah, aq jawab dengan confident walaupun beberapa kali penemuduga nak kelirukan..

Aku: 4 jenis kump darah.. A,B,AB, dan O.  Darah AB boleh terima darah dari kump lain lain tetapi tak boleh derma darah pada kump lain. Darah O tak boleh terima darah dari kump lain tetapi boleh derma pada semua jenis kumpulan darah. O boleh derma kepada O. Angguk tanda yakin.

Penemuduga 2: betul. Senang nak ingat AB ni kedekut. Dan O ni pemurah. Awak jenis kumpulan darah apa?
Aduh.. aku pun tak tahu aku kump darah apa. Tak pernah ambil tahu pulak. Hentam je la..
Aku: AB..

Penemuduga 1: owh.. jadi awak kedekut la..hahaha
Semua orang ketawa. Aq termalu pulak.. senyum je la..hehe sempat diaorg ni kenakan aku.. (aku kump darah B sebenarnya)

Sampai disitu je temuduga aku. Sebelum keluar aq ucapkan terima kasih sambil tersenyum sampai ke telinga sebab lega dah habis temuduga. Sempat juga penemuduga 1 pesan kat aq. 

Penemuduga 1: ok, terima kasih. Lepas ni awak belajar la pasal bakteria tu ye..
Dalam hati tertanya-tanya, eh kenapa dia cakap macam gitu.? adakah aku diterima?..

Lepas sebulan aq dapat surat diterima.. alhamdulillah.. walaupun aku kumpulan terakhir ditemuduga, syukur aq diterima. Ini semua berkat doa ummi dan ayah barangkali. Diaorang tak putus2 berdoa untuk ku.. syukur.. aku sayang ummi.. aku sayang ayah.. peneman hidupku kala susah dan senang.. anugerah yang tak ternilai.


kisah temuduga bhgn 1



Ramai orang tanya aku tips2 sebelum temuduga. Aku pun tak tahu nak cerita panjang lebar dalam masa yang singkat. So, aku terfikir nak kongsi cerita mcm mana aku pergi interview dulu. Moga ada sikit bayangan untuk kalian situasi temuduga tu nanti ye. Ini kisahnya... jeng..jeng..

Sebelum aku nak berhijrah pergi temuduga, seribu satu persoalan bermain di fikiranku. Kerana kasih ku pada ummi dan ayah sahaja yang membuatkan aku pergi temuduga. Hanya itu.. tak kusangka detik itu, kehidupanku yang ku rancang sebelum ini berubah dengan mendadak. 

Pukul 4 pagi aku bertolak ke muar bersama kekasih ku.. iaitu ummi dan ayah tercinta..hehe dalam kereta aku sebuk menghafal apa dan berlatih ala kadar sebagai persediaan untuk temu duga.. hasil tunjuk ajar mak cik aq, aq dapat serba sedikit idea. Mesti penemuduga tu suruh aku perkenalkan diri dan suruh aq cerita tentang jawatan yang aku mohon. Yes, aq dah berlatih depan cermin.. hehe ada sedikit confident.. 

Sebelum temuduga, ada ujian bertulis.. aq datang2, dah terlewat, ujian dah bermula.. so aq senyum2 masuk dewan. Nasib baik penjaga kertas tu tak marah.hehe ujiannya tak la susah, Cuma tanya pasal peribadi, minta kita.. bla..bla.. bulankan aje. Senang. Korang pun boleh buat. Soalan dalam BM ye. Takyah risau. Aq jawab pun sambil menguap-guap.. ngantuk kot sepanjang perjalanan tak tido mikir.. seb baik ada penjaga kertas yang hensem, main jeling2 sikit bagi hilang gantuk..kihkih

Lepas abis ujian bertulis, bermulalah sesi temuduga.. Ya ALLAH.. hati ni berdebar-debar. Jantung dap dup dap dup.. rasa mcm nak terkeluar pun ada..fuhh. itu baru tunggu giliran, belum masuk lagi.. banyak2 baca doa.. tak lupa juga suruh yusuf ayat 4, nasib baik aq hafal.. bila dah masuk, baru tau aq ditemuduga oleh 2 orang. Yang sorang tu penjaga kertas yang aq jeling2 kat bawah tadi..hehe malu kot.. aq masuk je dia dah senyum2..haha abis.. apa la soalan yang diaorang akan tanya nanti..huhu
Bersambung..

Sunday, September 1, 2013

Ini kisahku siri 9



Setelah bertunang, hubungan kami mulai rapat. Sudah subur rasa cinta dan rindu dalam hati. Tapi terkawal supaya tidak melanggari batas. Kami mula kerap berhubung melalui sms. Bertanya kabar serba sedikit. Kekadang bila difikir masa dua tahun itu terlalu lama pula. Tapi biarlah.. moga ia memuasakan semua pihak dan persediaan tidaklah terkocoh-kocoh. Selang seminggu rombongan bertunang, faizil datang ke rumah bertemu dengan ummi dan ayah untuk berkenalan. Maklumlah, sebelum ni tak pernah kenal. Nak tahu juga bagaimana orangnya. Tapi.. aku sedikit nakal. Aku kenakan syarat pula untuk faizil. Minta dia bawakan teddy bear putih yang besar sebagai hadiah..hehe ye la, sebelum ini aku tak pernah minta apa2.. sesekali mahu juga merasa pemberian dari tunang sebagai kenang-kenangan. Yang lucunya, dia menahan malu menyerahkan teddy bear itu kepadaku di hadapan ummi. Lucu jugak situasinya. Lagi melucukan aku dapat tahu dia dia beli teddy bear tu di muar. Dan bawa balik ke jb dengan menaiki bus. Sweetnya..hehe ayah kata aku ni kaki buli dia pulak..hehe tiada niatku begitu.

Alhamdulillah, sehingga kini hubungan aku dengan dia baik. Tiada masalah. Ku harap terus berkekalan hingga penghujungnya. Walaupun kami ini tunang, tapi kami tetap menjaga batas-batas pergaulan. Dia tak pernah call aq, hanya beberapa kali sahaja buat masa ini itupun sebab mahu bertanya jalan. Kami juga jarang berhubung. Owh, lupa untuk ku maklumkan.. aku kini begitu hampir dengannya. Jarak rumah kami sekitar 5 minit sahaja. Aku mula bertugas di jb. Tapi itu tidak menjadi sebab untuk aku selalu dating dengan nya. Sengaja aku mengawal hubungan ini. Agar ada keberkatan di situ. Biar kelihatan suram pada awalnya, moga manis di hari bahagia kami nanti. Insyallah..  

Oleh kerana kami dekat, selalulah mak nya dikampung kirimkan barang untuk diberikan padaku. Nak tak nak sesekali bertemu jugalah kami empat mata di hadapan rumahku, itupun  sekadar beberapa saat untuk menghantar barang. Dugaan juga duduk dekat ni..hehe sewaktu raya, banyak jugak la hadiah diberikan padaku. Al maklum, dulu jauh, nak bagi apa2 pun pikir banyak kali. Dah dekat macam2 la dapat.
Dan saat yang paling ditunggu-tunggu adalah hari jadiku. Telah faizil rancang sejak bulan 4 untuk belanja aku makan. Tapi besdayku bulan 8.. hehe akhirnya, aku turuti kehendaknya. Buat kali pertama aku keluar makan dengannya. Kali tak lama2, siap makan terus saja kami pulang. Takut juga kalau timbul fitnah pulak nanti. Sempat juga dia hadiahkan aku hadiah dan kek hari jadi. Alamat tahun 2013 ni banyak kek aku. Hadiah dari kawan dan tunangku. Tapi tetap terasa sedih sebab tak dapat sambut dengan keluarga, sebab ummi pergi kedah.
Bersambung..