Permata Bahagia


marhaban2u.com

Monday, February 11, 2013

ini kisahku SIRI 3


Setelah bertarawih di surau, ku pulang semula ke rumah indah itu. Kami semua bersama menonton tv, dan berbual mesra dengan mak cik dan pakcik.. tiada topik serius yang dibincangkan. Aku menonton tv, manakala fikiran ke mana.. dia atau Faizil tak tahu kemana, barangkali di dapur..
Kutatap tv, fikiranku kabur..  tiba2, bayangan si dia melintasi tv sambil sedikit membongkokkan diri, dikala tepat di hadapan mataku kulihat di menoleh seimbas melihatku, lalu tunduk kembali dan pergi masuk ke dalam  bilik.. hatiku mula rasa tak sedap. ‘tektik apakah ini, sempat dia menoleh melihatku walau seketika’.. aku mulai rasa tidak enak.
Setelah lama di sana kala hari semakin larut malam, aku dan rakan muali meminta izin untuk balik. Pak cik tiba-tiba memanggil faizil, untuk menghantar kami pulang dengan kereta. Kawanku, selaku sepupunya sempat membisik kearah kami. Dia menyatakan dia pelik dan tidak menyangka, Faizil yang disuruh untuk menghantar kami pulang. Kami akhirnya hanya menurut..
Ketika bersalaman dan berbalas ucapan salam, pakcik sempat erpesan kepadaku.
‘’akak, dalam kereta nanti jangan senyap je’’.. aku pada mulanya tidak mengerti dengan kata2 itu..
Setelah lama ku fikir, baru aku faham, mungkin ini rancangan mereka..hehe lambat ‘pick up’ la aq nie.hehe..
Tapi apa yang berlaku dalam kereta.. masing2 membisu seribu bahasa.. hingga sampai ke rumah. Tak berlaku seperti yang diharapkan mak cik dan pak cik.. tiada perbualan, tiada perkenalan kerana karana mulut berat, hati kelu, dan aku masih lagi merasa yang dia tidak suka padaku..

BERSAMBUNG...