Permata Bahagia


marhaban2u.com

Sunday, September 8, 2013

kisah temuduga bhgn 2



Ok, sebelum diaorang kata duduk, aq berdiri je. Sehingga diaorang jemput duduk baru aq duduk. Fail2 yang lengkap juga telah aq serahkan untuk dinilai seperti keputusan SPM, sijil2 kokurikulum, dan butiran lain. Soalan pertama, sama seperti yang ku andaikan..

Penemuduga 1: sila berkenalkan diri dan latar belakang keluarga..
Aku: bla..bla.. bla.. (cerita je selagi diaorang tak cakap stop..huhu)


Penemuduga 2: jawatan apa yang awak pilih. Dan ceritakan serba sedikit tentang jawatan tu..
Aku: bla.. bla.. bla.. (lama jugak kot, sampai dalam hati kata adoi, bila la dia nak cakap stop. Aq dah habis cakap pun dia masih cakap lagi.. lagi...) tips di sini.. kena banyak knowledge tentang jawatan di pohon.
Penemuduga 1: kenapa awak pilih jawatan makmal, farmasi, pergigian.. ini semua office hour.. kenapa makmal number 1..?.. (kenapa.. kenapa..dan banyak lagi kenapa)
 Tips aq disini, kena bijak jawab soalan diaorg. Dan yang paling utama korang kena jawab ‘’minta’’. Kalau tak tau macam mana nak jawab soalan diaorang, jawab minat banyak2 kali pun takpe.. sampai pemeriksa ke2 yang hensem tu tersenyum2 tengok aku, kerana asyik jawab minat jer..haha lantaklah..


Penemuduga 1: mesti sebelum ni u ada baca-baca buku tentang makmal ni sebelum datang temuduga kan. Namakan dua jenis bakteria..?
Aduh!.. aq dah lama tak buka buku sains, asyik sebuk dengan exam mekanikal aq jer.. takkan nak menipu. Lebih baik jujur dari buat2 pandai.. aku geleng kepala cakap tak tau..

Penemuduga 1: satu pun takpe, cuba je sebut?
Aq jawab je ameba.. pemeriksa jawab salah. Adoi.. satu point hilang di situ.

Pemeriksa 2: ok, pakaian makmal macam mana? Lengan panjang atau pendek? Kenapa warna putih? Untuk apa?
Aku: warna putih, lengan panjang, untuk protection, lab kod.. (jawapan aq dibantu juga serba sedikit oleh penemuduga yang hensem ni. Nampaknya, dia banyak membantu.. syukur, tak la jem sangant otak aku ni.)

Penemuduga 2: berapa jenis kumpulan darah? Sila nyatakan jenis kumpulan darah? Kumpulan darah apakah yang dia boleh terima darah dari kump darah lain tetapi tak boleh derma dan kumpulan darah apakah yang dia boleh derma tetapi dia tak boleh terima dari kump darah lain? Kalau kumpulan darah O, boleh terima kumpulan darah O tak? Awak pasti dengan jawapan awak?
Hatiku menjerit2 gembira bila dia tanya pasal bloog group..fuhh. memang tajuk nie aku paling suka dalam subjek biologi dulu. Ko tanya la macam mana pun.. insyallah aku boleh jawab. Hatiku bermonolog. Alhamdulillah, aq jawab dengan confident walaupun beberapa kali penemuduga nak kelirukan..

Aku: 4 jenis kump darah.. A,B,AB, dan O.  Darah AB boleh terima darah dari kump lain lain tetapi tak boleh derma darah pada kump lain. Darah O tak boleh terima darah dari kump lain tetapi boleh derma pada semua jenis kumpulan darah. O boleh derma kepada O. Angguk tanda yakin.

Penemuduga 2: betul. Senang nak ingat AB ni kedekut. Dan O ni pemurah. Awak jenis kumpulan darah apa?
Aduh.. aku pun tak tahu aku kump darah apa. Tak pernah ambil tahu pulak. Hentam je la..
Aku: AB..

Penemuduga 1: owh.. jadi awak kedekut la..hahaha
Semua orang ketawa. Aq termalu pulak.. senyum je la..hehe sempat diaorg ni kenakan aku.. (aku kump darah B sebenarnya)

Sampai disitu je temuduga aku. Sebelum keluar aq ucapkan terima kasih sambil tersenyum sampai ke telinga sebab lega dah habis temuduga. Sempat juga penemuduga 1 pesan kat aq. 

Penemuduga 1: ok, terima kasih. Lepas ni awak belajar la pasal bakteria tu ye..
Dalam hati tertanya-tanya, eh kenapa dia cakap macam gitu.? adakah aku diterima?..

Lepas sebulan aq dapat surat diterima.. alhamdulillah.. walaupun aku kumpulan terakhir ditemuduga, syukur aq diterima. Ini semua berkat doa ummi dan ayah barangkali. Diaorang tak putus2 berdoa untuk ku.. syukur.. aku sayang ummi.. aku sayang ayah.. peneman hidupku kala susah dan senang.. anugerah yang tak ternilai.


No comments: