Permata Bahagia


marhaban2u.com

Sunday, April 28, 2013

Ini kisahku SIRI 5


Ramadahan dilalui dengan tenang.. kisah aku dan insan bernama Faizil telah tersebar dikalangan kawan di situ.  Aku hargai keinginan kawanku untuk menyatukanku dengan sepupu nya itu. Tapi aku belum bersedia.  Rancak aktiviti2 bersama pertubuhan Ikram aku ikuti. 

Dua minggu kemudian, sekali lagi aku menerima jemputan dari ibu Faizil ke rumahnya. Hatiku kembali gelisah. Aku harus membuat pilihan. 

‘Kalau dah kali ke -2 jemput datang rumah nie, dah macam serius jer’ fikirku.

Hatiku mula resah. Tak tahu samada hendak menerima jemputan atau tolak saja. Kebetulan tarikh yang dijemput itu bertepatan dengan program usrah di matrik johor. Jadi, aku gunakan alasan itu untuk menolak jemputan itu. Walau hati rasa bersalah, tapi.. 

‘Argh.. aku belum bersedia, takut2 dia mintak alamat rumah terus datang merisik. Sedangkan aku tak kenal lagi si Faizil tu’ fikirku.
Tidak mahu memberatkan fikiran, aku lupakan perkara ini buat seketika. 

Rasa bersalah pulak rasa di hati, kala undangan orang tak dikunjungi. Minggu berikutnya, aku ke pasar raya. Jualan hari raya meriah sekali. Lagu raya dilaungkan berulang-ulang kali. Tak tahu nak beri apa pada keluarga Faizil dan buah tangan untuk kawanku sebelum dia menamatkan praktikal nya. Ku capai saja dua balang kuih kacang perisa coklat. Mungkin mak ayahnya tak boleh makan, sebab kiuh kacang kan keras. Harap anak2 nya makan. Satu balang ku hadihkan pada kawanku itu, dan satu lagi kepada mak cik iaitu ibu kepada Faizil. Ku kirimkan sahaja pada kawanku untuk dibawa pulang.

Dipendekkan cerita, esoknya bersamaan hari kelahiranku iaitu 23 ogos 2010, aku menerima sebalang kuih loyang dan beberapa bungkusan kuih dari mak cik. Mungkin sebagai balasan pemberianku semalam. 

‘’Kenapa tak bagi tahu hari ini hari jadi kau, kalau tak boleh dapat hadiah lagi besar’’katanya.
‘’nak bagi hadiah apa? Baglo? Mecerdes?’’ lawakku mengajuk kata2nya sebelum ini.
‘’Amboi..’’ kami ketawa bersama..

Selang beberapa menamatkan praktikalnya di situ. Aku pasrah. Mungkin kisah ceritaku dengan Faizil, sampai di sini saja.. fikirku..

BERSAMBUNG..

Wednesday, April 24, 2013

Ini kisahku siri 4


Hari minggu bermula seperti biasa.. aku sebukkan diriku dengan program2 keagamaan seperti usrah dan lain2. Jadi tidaklah hatiku asyik berfikir tentang cinta, cinta, dan cinta sampai lembik..
Pagi itu aku masuk ke lab seperti biasa, rutin sebagai student praktikal.. disuruh sana, di arah sini..
Kadang2 merayap sana sini..hehe

Dan kala itu, sepupu faizil datang kepadaku.. membawa satu berita yang ingin dikatakan..
Dia bawa aku ke satu tempat yang jauh sikit dari kesibukkan orang.. dan dengan riang dia menyebut..
‘’dayah, dia setuju’’.. 

Aku terkedu, rasa kembang hati ini berbunga-bunga.. haha tidak kusangka..
Malu2 kucing rupanye dia.hehe syukur sangat dalam hati..

Kawanku yang lalu di situ lain pula nadanya bila mengetahui berita itu..
‘’memang la dia setuju, dayah kan dah conferm ada kerje abis study nanti.. goverment pulak tu..sapa yang tak nak’’ kawanku selamba berkata..

Hatiku yang mulanya berbunga mula terkedu..

Dan aku terfikir, mungkinkah benar kata-katanya itu. Kalau hanya sebab itu, aku tak rela menerimanya. Tapi hati kecilku berharap bukan itu sebabnya.. bukan kerana harta, bukan kerana dunia. Sebab aku ingin dia dan aku ikhlas untuk memimpin di syurga..

Malas untuk fikirkan kata-kata kawan ku itu, lalu aku masuk ke bilik komputer jejariku laju menekan kekunci mencari mail box ku.. tetiba muncul satu nama insan yang pernah aku cinta dalam ruangan chatting..
Ayatnye biasa, memberi salam dan bertanya kabar.. tapi cukup membuat hatiku melonjak gembira. Aku kongsikan kegembiraan ini dengan insan yang paling rapat dengan ku.. sahabatku kak adah..

Aku membalas chat tersebut serba ringkas, sebab darah gemuruhku mula menembal.. hampir setiap hari aku menunggunya, kini dia muncul tiba.. tapi.. masa itu aku malu dan banyak kerje.. maaf, aku hanya mengatakan kabar dan minta maaf, nak sambung kerje.. hmm, tak mengapa, yang penting aku tahu dia masih ingat padaku, dan perasaanku padanya tetap sama seperti dahulu.. 

Hmm.. dua insan muncul dalam hatiku dikala masa yang sama.. aku keliru.. seorang suka dan seorang lagi aku tak tahu bagaimana persaannya.. aku mula confius.. lalu aku tanya kawanku itu..
Masihku ingat kata-kataku..
‘’ camne ye, nak pilih sepupu kau ker nak pilih ***** tu?’’ tanyaku padanya..
‘’ tu kau kena pilih sendiri, aku tak tau..hehe’’ katanya..

Hmm... pilihan..pilihan..pilihan.. hidup ini penuh pilihan..

BERSAMBUNG...