Permata Bahagia


marhaban2u.com

Sunday, September 1, 2013

Ini kisahku siri 9



Setelah bertunang, hubungan kami mulai rapat. Sudah subur rasa cinta dan rindu dalam hati. Tapi terkawal supaya tidak melanggari batas. Kami mula kerap berhubung melalui sms. Bertanya kabar serba sedikit. Kekadang bila difikir masa dua tahun itu terlalu lama pula. Tapi biarlah.. moga ia memuasakan semua pihak dan persediaan tidaklah terkocoh-kocoh. Selang seminggu rombongan bertunang, faizil datang ke rumah bertemu dengan ummi dan ayah untuk berkenalan. Maklumlah, sebelum ni tak pernah kenal. Nak tahu juga bagaimana orangnya. Tapi.. aku sedikit nakal. Aku kenakan syarat pula untuk faizil. Minta dia bawakan teddy bear putih yang besar sebagai hadiah..hehe ye la, sebelum ini aku tak pernah minta apa2.. sesekali mahu juga merasa pemberian dari tunang sebagai kenang-kenangan. Yang lucunya, dia menahan malu menyerahkan teddy bear itu kepadaku di hadapan ummi. Lucu jugak situasinya. Lagi melucukan aku dapat tahu dia dia beli teddy bear tu di muar. Dan bawa balik ke jb dengan menaiki bus. Sweetnya..hehe ayah kata aku ni kaki buli dia pulak..hehe tiada niatku begitu.

Alhamdulillah, sehingga kini hubungan aku dengan dia baik. Tiada masalah. Ku harap terus berkekalan hingga penghujungnya. Walaupun kami ini tunang, tapi kami tetap menjaga batas-batas pergaulan. Dia tak pernah call aq, hanya beberapa kali sahaja buat masa ini itupun sebab mahu bertanya jalan. Kami juga jarang berhubung. Owh, lupa untuk ku maklumkan.. aku kini begitu hampir dengannya. Jarak rumah kami sekitar 5 minit sahaja. Aku mula bertugas di jb. Tapi itu tidak menjadi sebab untuk aku selalu dating dengan nya. Sengaja aku mengawal hubungan ini. Agar ada keberkatan di situ. Biar kelihatan suram pada awalnya, moga manis di hari bahagia kami nanti. Insyallah..  

Oleh kerana kami dekat, selalulah mak nya dikampung kirimkan barang untuk diberikan padaku. Nak tak nak sesekali bertemu jugalah kami empat mata di hadapan rumahku, itupun  sekadar beberapa saat untuk menghantar barang. Dugaan juga duduk dekat ni..hehe sewaktu raya, banyak jugak la hadiah diberikan padaku. Al maklum, dulu jauh, nak bagi apa2 pun pikir banyak kali. Dah dekat macam2 la dapat.
Dan saat yang paling ditunggu-tunggu adalah hari jadiku. Telah faizil rancang sejak bulan 4 untuk belanja aku makan. Tapi besdayku bulan 8.. hehe akhirnya, aku turuti kehendaknya. Buat kali pertama aku keluar makan dengannya. Kali tak lama2, siap makan terus saja kami pulang. Takut juga kalau timbul fitnah pulak nanti. Sempat juga dia hadiahkan aku hadiah dan kek hari jadi. Alamat tahun 2013 ni banyak kek aku. Hadiah dari kawan dan tunangku. Tapi tetap terasa sedih sebab tak dapat sambut dengan keluarga, sebab ummi pergi kedah.
Bersambung..

No comments: