Permata Bahagia


marhaban2u.com

Friday, July 12, 2013

ini kisahku SIRI 8

Alhamdulillah.. aku hampir setahun bekerja.. 18 julai 2012 genap la setahun aku bekerja di tempat pertamaku, klinik kesihatan labis. seminggu kemudian iaitu pada 25 julai 2012, aku mendapat surat pengesahan jawatan. syukur sangat, aku antara terawal. gembira mendapat surat hitam putihyang bermakna itu. pada petangnya, aku dikabarkan tentang rombongan merisik dari keluarga faizil.
Subhanallah, sekali lagi aku dikabarkan berita gembira yang mendebarkan. sungguhku rasa hari itu hari yang bertuah mendapat dua berita gembira dalam masa yang sama. kegembiraan ini ku kongsikan bersama keluarga tercinta.
lain pula dengan ummi. ummi merasakan aku terlalu awal untuk menerima risikan. bila hati ummi tidak sedap. aku dua kali tidak sedap. aku meminta pendapat tulus ummi untuk kebenaran datang merisik. akhirnya ummi mengizinkan. ye aku faham, ummi barangkali terkejut. tidak kenal langsung tentang pilihan aku ini, hanya melihat sekeping foto. nama pun tidak tahu. sukar untuk ummi dan ayah membuat keputusan menerimanya.
kala persiapan untuk hari merisik itu, banyak la dugaan yang tiba. tidak perlulah aku ceritakan disini.

dipendekan cerita, pada 25 ogos 2012, rombongan merisik tiba. alhamdulillah semuanya seperti yang dirancang.setelah dua keluarga bertemu dan bertaaruf, perjanjian pertunangan termetrai. ummi dan ayah dengan senang hati menerima faizil sebagai calon pasanganku setelah meneliti latar belakang dirinya dan perwatakannya. itu cukup menyenangkan hati aku. alhamdulillah, aku tidak gelisah lagi seperti sebelumnya. kata2 yang selalu aku pegang. redha Allah terletak pada redha ibu bapa. bila ummi ayah gembira, aku berkali-kali lebih gembira. syukur..

pada 10 november 2012, aku dan faizil ditunangkan. tarikh yang cantik 10/11/12. secara tak sengaja dipilih. jadi, terikatlah perjanjian dua insan, untuk menghubungkan dua keluarga. walaupun majlisku kecil-kecilan tetapi meriah. maaf aku katakan, aku tidak gemar adat bertunang kala zamanku ini. siap pelamin, juru mekap, pakaian ala-ala pengantin.. padaku ianya membazir. bukan aku tidak mampu untuk buat semua itu, tapi padaku biarlah seadanya. majlisku, aku lebihkan pada makanan tetamu yang hadir. agar yang datang dari jauh berpuas hati dengan apa yang aku hidangkan, itu sudah membahagiakan. lagipun pertunangan bukan untuk ditunjuk-tunjuk, dihebah-hebah. cukup sekadar saudara terdekat dan jiran-jiran sahaja yang tahu. tidak ku ceritakan di facebook. tapi, kalau sesuatu yang baik itu, orang suka juga untuk bercerita. ada pulak yang terlepas meletakan gambarku bertunang di facebook. ramai la yang terkejut dengan petunangan ini. nak difikirkan balik memang lucu. ada saudara yang tahu pun dari buah mulut orang lain, dari terlihat gambar di facebook. jadi, konon nak rahsia, bukan lagi rahsia...

bersambung...

Ini kisahku SIRI 7

sebagai seorang ibu, pastinya ada kerisauan di hati jika melihat anak perempuannya yang semakin dewasa tiada sapa yang dekati. begitu juga ummiku. satu hari ummi bertanya samaada aku sudah ada pilihan hati atau belum. aku tahu, ummi mulai risau akan jodohku. melihatkan handphone aku sunyi dari mesej mahupun call. tidak seperti remaja lain yang tak pernah renggang dengan handphone. tangan sentiasa menaip mesej, hp sentiasa berbunyi, pangilan dari kekasih hati.

aku hanya tersenyum. ''jangan risau ummi, nur ni banyak boyfriend. sampai tak tau nak pilih..hehe'' aku berjenaka. sedikit sebanyak harap dapat la mengubat kerisauan ummi. ummi hanya tergelak kecil. senang melihat ummi tersenyum.

hmm.. sudah nak dekat 2 tahun aku berkawan dengan Faizil. betul ke dia serius kawan dengan aku ni atau  kawan biasa sahaja. dipendekkan cerita, aku menguji dia, aku tanya adakah dia serius berkawan denganku atau kawan biasa. kalau serius aku mahukan gambar nya untuk ditunjukan kepada ummi dan ayah.
dia kata, dia serus denganku memberi gambarnya padaku. dia juga meminta gambarku untuk di tunjukkan kepada mak dan ayahnya. kami pun bertukar gambar.

aku mesejkan gambar dia pada ummi dan ayah dan aku tanyakan pandangannya. ummi dan ayah hanya berkata ok.. ye, aku faham, mereka tak kenal lagi faizil..

beberapa hari kemudian, aku terima panggilan daripada mak faizil. terkejut aku dibuatnya, seram sejuk aku rasa. dia bertanya samada aku serius berkawan dengan faizil dan sudi menerima dia sebagai calon suami.. haha.. malu bukan kepalang aku dibuatnya. nasib baik hanya dalam talian telefon. kalau tanya depan2, tak tau muka ni nak sorok dekat mana.. aku hanya katakan ''bolehlah''..hehe tak tau nak cakap apa. takde persediaan langsung dilamar sebegitu. yang lucunya, selepas kejadian itu, aku demam dua hari.. seram sejuk badanku..huhu terkejut punya pasal..hehe

bersambung...