Permata Bahagia


marhaban2u.com

Thursday, July 1, 2010

belum ada tajuk...

Hujan turun dengan renyai membasahi pohon-pohon yang ketandusan air akibat musim panas sejak kebelakangan ini. Rintik-rintik air bumbung yang menitis membuatkan akalku memikirkan tafsiran surah al-Nahl ayat 10 yang menyatakan ‘Dia-lah yang menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyubur) tumbuh-tumbuhan, yang pada tempat tumbuhnya kamu menggembala binatang ternakan. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan’.

Dalam keasyikan itu fikiranku menyasar pada seorang sahabat yang jauh di negara orang. Satu-satunya sahabat lelaki yang aku kenali. Waktu hujan rintik-rintik beginilah suasana perpisahan kami dua tahun yang lalu. aku dan keluarganya melepaskan dia pergi melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang perubatan. Masih lagi di ingatan, akibat keakraban kami sejak kecil terbawa-bawa hingga ke alam remaja. Kami sentiasa bersama dan kebetulan berada dalam kelas yang sama. Selalu rakan-rakan mengusik kami dan ada yang cemburu atas keakraban kami. Mungkin kerana rupa parasnya yang tampan dan manis senyumannya. Padaku kami hanya teman biasa yang membesar bersama sejak kecil. Dia yang agak petah bercakap dan kelakar berbeza dengan sikapku yang pendiam dan tegas. Mungkin itu keseimbangan antara kami. Pernah rakan kami menyakat kami “ko nie bad rapat je dengan zahidah nie. Ada apa-apa ke?’’ kata Rahman. ‘’ ko nie man, macam tak kenal idah nie. Dia tak pandang orang macam kita nie, dia pandang abang-abang alim tu je..’’ kata Badrul sambil menunding jari kepada kumpulan senior yang menuju ke surau. ‘’ye tak ye jugak kan bad..hehe’’ sambung Rahman. Kata-kata yang mungkin dianggap biasa pada mereka tetapi terasa mengguris hatiku.

‘Di saat pemergianmu di KLIA itu, baruku sedar rupanya ada setompok cinta dihatiku buatmu Bad.’detik hatiku. ‘’Astaughfirulahhalazim..”aku beristifar. ‘tak patut aku ada perasaan ini. Mungkin bad memang anggap aku kawan karibnya saja. Tak lebih dari itu. Kalau betul aku mencintainya pun, aku harus kawal perasaan ini. Jangan sampai syaitan memonopolinya.’ kata hatiku. Aku mengalihkan pandangan pada buku disebelahku. Ku capai dan ku belek. Tertera satu sajak yang diberikan naqibahku yang tak sempat aku baca sebelum ini.

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa~

~
taken from iLuvIslam.com~

Aku tersenyum. Terasa kata-kata ini terkena batang hidungku sendiri terhadap perasaan aku sebentar tadi. Terbayang wajah-wajah naqibahku bersama rakan-rakan jemaahku. Indahnya hidup berjemaah, saling ingat meningati, membina ukhuwah, membina kefahaman dan bagiku ia amat membahagiakan. Tapi yang menyedihkan ramai yang tidak mahu turut serta. Ada yang cuba menjauhkan diri. Mungkin mereka belum cuba untuk merasai kemanisan itu. Ingat lagi kata naqibahku " Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya’’ Mungkin sebab itu orang menjauhinya. Tapi aku yakin kalau kita membantu menaikan syiar islam. Allah pasti akan membantu kita.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pagi ini ada kuliah di masjid. Zahidah terlewat, berdebar hatinya. Orang ramai sedang asyik mendengar kuliah. Dia duduk di bahagia belakang jemaah perempuan. ‘hmm.. lewat. Tak sempat nak solat tahyatul masjid’ kesal hatinya. Dia pun terus menumpukan perhatian dengan apa yang disampaikan oleh penceramah muda dihadapannya.

‘’ Setiap nabi mempunyai doa yang pasti akan dimakbulkan. Nabi-nabi lain gunakan doa tersebut untuk menghukum umatnya yang alpa. Tapi Nabi Muhammad simpan doanya untuk kita. Dia taknak guna. Dia harap doa itu untuk menjadi syafaat untuk umatnya di akhirat kelak.

Nabi pernah ceritakan bayangan akhirat. Dikala semua mahluk dikumpulkan termasuk semua para nabi. Suara neraka dibuka. Dikala itu semua mahluk termasuk nabi-nabi terduduk ketakutan dan merayu pada Allah agar dilepaskan dari azab neraka. Dikala itu jika kita mempunyai pahala 70 orang para nabi sekali pun kita takkan yakin dapat melepasi azab neraka Allah itu.. bayangkan. Sebab itu nabi simpan doa itu untuk kita. Baginda tidak mahu dan tak pernah mendoakan keburukan untuk kita. Kita la umat yang paling beruntung dan mungkin juga kita umat yang paling lalai.

Suatu hari nabi dan sahabatnya berkumpul. Baginda bertanya kepada sahabatnya. Siapakah yang paling mulia disisi Allah? Sahabatnya berkata, malaikat ya Rasulullah. Nabi berkata.. ya, malaikat mulia. Dia tak pernah melakukan dosa. Dia sentiasa beribadat dengan Allah. Dia dekat dengan Allah. Tapi bukan itu yang ku maksudkan. Sahabat berkata, para nabi ya Rasulullah.. nabi berkata.. ya, para nabi mulia. Dia pesuruh Allah. Pemimpin manusia. Menjadi contoh pada manusia. Tapi bukan itu yang ku maksudkan. Sahabat berkata.. kami sahabatmu ya Rasullullah.. nabi memandang wajah sahabat dan tersenyum. Ya, kamu semua mulia. Kamu membantu aku membangunkan islam. Kamu selalu disisiku. Tapi bukan itu yang kumaksudkan… tiba-tiba nabi tunduk. Nabi menangis. Air mata membasahi pipi dan jangut nabi. Yang ku maksudkan adalah umatku….. mereka tak pernah bertemu denganku. Mereka tak pernah melihatku. Mereka tak pernah mendengar suaraku tapi mereka merinduiku… sekalian sahabat turut menangis.

Sebenarnya Rasulullah lah mahluk yang paling sayang kita. Yang paling risau tentang kita. Ibu bapa kita pun tak risau kita sebagaimana Rasulullah risau kita. kekasih kita pun tak risau tentang kita seperti Rasulullah risau kita. hati Rasulullah bergetar ketika umatnya melintasi titian sirat. Sentiasa mendoakan keselamatan umatnya. Sehingga akhir hayatnya pun baginda ingat kita… ummati, ummati, ummati… umatku. Umatku umatku..’’

Air mata keinsafan, kasih sayang dan cinta mengalir dari mataku. ‘Ya Rasulullah.. betapa engkau menyayangi kami..’’ lirih hatiku.

Setelah tamat ceramah, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan di tepi surau. Aku memulakan langkah ke situ. Tiba-tiba ada satu tangan menarik bajuku. “ akak.. akak…, ingat ina lagi?”lirik anak kecil, jiranku. “owh..ina, lama tak jumpa. Rindu akak tak?’’ aku menyambut mesra sapaannya. “ mestilah rindu.. dah lama akak tak bercerita. Akak.. tolong bacakan cerita ni. Nak dengar akak bercerita la” rayu Ina. “baiklah, meh sini bukunya,” terasa seronok melayan kerenah anak kecil itu. Kami sama-sama duduk disudut tepi surau sambil membelek majalah Solusi.

“kisah budak kecil dan api neraka, seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab: ‘’Aku takutkan api neraka.’’ Khalifah yang adil itu memujuk: ‘’Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.’’ Namun apakah jawapan budak itu? Katanya: ‘’Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?” mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis.. Pengajarannya.. apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa” selesai ceritaku. Aku menoleh kearah Ina. Rupa-rupanya dia tertidur di ribaku. ’ish budak ni.. tidur rupanya dia. Tapi Alhamdulillah, ada bermanfaat juga cerita ni untukku.’bisik hatiku.

bersambung....