Permata Bahagia


marhaban2u.com

Friday, May 3, 2013

ini kisahku SIRI 6


Beberapa bulan berlalu.. kala itu, aku di semester akhir. Orang kata time study ni la nak cari pasangan, paling elok di tahun akhir. Sebab bila dah kerja susah dah nak dapat pasangan hidup. Sedikit sebanyak, aku termakan jugak dengan ideologi itu. Ada beberapa insan hadir dalam hidupku. Yang serius ingin memperisterikan aku pun ada juga. Tapi, ummi tak berkenan atas faktor2 tertentu. Aku pun rasa terlalu muda untuk berkahwin awal. Lagipun aku lebih fokus dan risaukan akan peperiksaan. Lalu ku lepaskan sahaja, dan dia pun bertemu dengan yang barangkali jauh lebih baik dariku. Alhamdulillah, aku bergembira untuk dia. Yang pasti, kami tetap kawan dan tiada terasa hati pun. 

Aku teringat akan satu nama Faizil. Hati tertanya-tanya, macam mana dia sekarang. Sudah berpunya ke belum. Terasa ingin untuk melihat rupanya yang sebenar. Sebelum ni nampak samar-samar je. Lalu ku menaip namanya di ruangan nama pada facebook..

Alhamdulillah, bak kata orang kalau dah jodoh tak kemana. aku bertemu dengannya di laman facebook. tak ku sangka, dia mengatakan yang dia turut mencariku tapi tak ketemu. terasa macam ada petanda baik disitu..hehe.

dipendekkan cerita, di situ kami mula kenal sedikit demi sedikit tentang diri masing-masing. bukan selalu aku berfacebook dengan dia. kira-kira secara purata seminggu hanya sekali dua, itupun hanya beberapa minit. hanya bertanya kabar saja, tak banyak yang kami tahu tentang diri masing-masing. aku juga dikala itu sebuk dengan semester akhir. jadi aku lebihkan masaku dengan study berbanding berfacebook.
 pernah sekali, aku tidak bertanya kabar dengannya selama sebulan. setelah sebulan, baru aku mesej di facebook bertanya kabar. barulah tahu yang dia telah sebulan tidak kerja kerana accident dengan kereta. jari kakinya patah dan hanya duduk di rumah. aku terkejut dan mula rasa bersalah kerana tidak bertanya kabar. di situ aku lihat, dia seorang yang penyabar. tidak sedikit pun dia mesej aku untuk mengadu akan keadaannya. dia boleh saja beritahuku untuk meraih perhatian. dengan cara hormat dia padaku, aku mula yakin dengan kejujurannya.

bersambung...
https://www.youtube.com/watch?v=hDZudt_Pup4