Permata Bahagia


marhaban2u.com

Wednesday, September 18, 2013

ini kisahku siri 10



Salam.. terasa gatal pulak tangan ni nak menaip kisah pertunanganku. Sukar untuk ku gambarkan perasaan ini dengan kata-kata mahupun tulisan. Hanya secebis dapat ku coretkan.. cewah.. introduktion dah menarik..kihkih..
Alhamdulillah, 10/11/2012.. tarikh bermakna buatku. Satu perjanjian pertunangan dilangsungkan. Ku jemput jiran-jiran, saudara mara, sorang dua kawan.. tak ramai. Kira2 seratus orang jemputan. Tapi, alhamdulillah meriah sekali. Sungguh mereka pandai meraikan aku. 

Kira2, 2.30pm, rombongan lelaki sampai dengan membawa 11 dulang hantaran serba merah yang cantik2 belaka. Belahku juga tak kurang cantiknya dengan 13 dulang hantaran serba purple.
Setelah upacara berlangsung aku masih di atas dengan sudah siap bersolek hasil tangan akak iparku dan sepupuku. Fist time betul2 bersolek. Haha.. dah hilang rupa sebenar aku kot.. cantik..(kalah lisa surihani..hehe) tak tahulah apa yang dibincangkan. Yang pastu setelah itu aku dipanggil turun untuk upacara menyarungkan cincin.. 

Amboi, time tu macam artis la pulak.. camera lap lup lap lup ambil gambarku.. dengan baju kurung dengan tudung dan selendang purple, dikelilingi gadis2.. terasa macam tuan puteri sekejap..hehe. dalam hatiku berbisik.. ‘’Ya Allah, kalau sebegini pun dah terasa indah.. pasti tak dapat dibayangkan indahnya menjadi bidadari syurga..ya Allah, aku nak jadi bidadari syurga.. izinkan aku ya Allah..’’ sayu rasa hati sekejap.
Seorang ibu menyarungkan cincin pada jariku.. ibu mana lagi, bakal mertuaku la. Malunya rasa diserta dengan darah gemuruh. Sampai terlupa pulak nak salam. Nasib baik sepupuku ingatkan.. sorry ibu mertuaku..hehe lalu tangan itu ku kucup.

Setelah upacara itu, jamuan makan pun bermula. Semua menjamu selera tak kurang juga yang tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar hantaran. Aku pun turut bergambar dengan barang2 hantaran dan sepupu- sepupuku. Cukup meriah. 

 Tunangku..? 
barangkali baru keluar dari kereta dan menjamu selera. Sebelum ini memang tak pernah langsung aku perkenalkan tunangku pada saudara maraku mahupun kawan-kawan. Ini la peluang sepupu dan kawan2 mengintai tuanangku itu.. haha pasti dia malu bila diintai ramai2 sebegitu..hehe

Dan, aku tidak merancang untuk bergambar dengan tunangku. Ku sangka selepas dia makan dia terus sahaja pulang. Tiba-tiba ummi memanggilku mengatakan tunangku hendak berjumpa denganku. Dengan seribu satu persoalan bermain di fikiranku.. kenapa dia tiba2 nak jumpa aku? Apa yang hendak di perkatakan? Sebelum ini kalau nak cakap apa2 dia mesej je, xde nak jumpa bagai.. kenapa?.. hatiku berdebar-debar dan kecut perut rasa.. berat langkahku untuk bertemu dengannya.
Langkahku tiba-tiba patah setelah aku lihat dia menuju masuk ke rumah. Tapi pelik.. tak macam nak jumpa aku pun. Dia seakan terpingga-pingga memandang saudara maraku.. 

Haah.. aku tahu, aku terkena.. terkena tipu...huhu alang-alang terkena, dia pun di situ, terus aku perkenalkan pada saudara mara dan jiran-jiranku yang itulah tunangku. Apa lagi camera datang berduyun la untuk mengambil gambar kami. Terasa tak manis pulak untuk bergambar berdua. Lalu ku ajak sekali mak cik ku untuk bergambar. Dan tak lupa juga bersama insan penting dalam hidupku iaitu ummi dan ayah tercinta. Kalau dapat bergambar dengan ibu dan ayah tunangku rasa lebih seronok, tapi apakah daya. Mereka telah bertolak pulang.. tak sempat. Tu la.. tak rancang nak bergambar..  habis setakat disitu. Faizil pun bersalaman dengan ummi dan ayah dan minta izin untuk pulang..

Haha.. aku mendapatkan ibuku bertanyakan soalan apakah benar faizil nak jumpa denganku?.. rupanya Cuma helah sahaja. Ummi cakap dengan faizil yang saudara nak kenal sebab itu faizil masuk ke rumah. Manakala aku pulak dikatanya faizil nak jumpa..hehe saje je kan ummiku dengan sepupu-sepupuku berpakat. Tapi.. sweet juga. Maka dengan ini terpatrilah aku sebagai tunangan orang.








No comments: