Permata Bahagia


marhaban2u.com

Tuesday, April 8, 2014

Hati makin jauh ketika marah ??

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”


Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Sumber : Blog Aku Islam

Monday, April 7, 2014

ISLAM MENGALAKKAN POLIGAMI??


Islam bukan menggalakkan poligami tetapi menghadkan poligami. Seperti dalam al-quran "Kahwinilah wanita yang kamu sukai, dua, tiga atau empat orang ; tetapi jika kamu takuti tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja," (al-Quran, 4:3)
‘’dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh(hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’’.(al-Quran, 4:129)
Dalam masyarakat barat, lelaki mempunyai perempuan simpanan ini biasa. Ini kerana masyarakat mereka tidak menerima lelaki berkahwin lebih dari satu. Jadi wanita simpanan itu menjalani kehidupan yang tidak terlindung dan memalukan. Pada kami itu situasi yang sangat tidak bagus. Kerana islam menjaga hak-hak wanita, jadi suami dibenarkan berkahwin empat. jadi isteri itu mendapat penjagaan dan hak yang sama.
Statistic menunjukkan bilangan wanita lebih ramai berbanding lelaki. Andaikata anda mempunyai akak yang belum berkahwin. dan disituasi ini ramai lelaki yang telah berkahwin. Adakah awak suka akak awak jadi wanita simpanan tanpa apa-apa perlindungan atau awak izinkan akak awak berkahwin dengan lelaki itu dan mendapat hak yang sama dengan isteri yang sebelumnya?.

APA ITU ISLAM

Perkataan “Islam” adalah perkataan bahasa arab, iaitu sama maksud dengan kata akar:
1.     ”Salam” yang bermaksud aman, sejahtera
2.   “Aslama” bermaksud penyerahan secara total, taat, patuh
3.   “Salima” bermaksud suci, ikhlas (sincere), sahih (authentic)
Demikianlah Islam dari sudut bahasa, manakala dari sudut istilah pula, Islam adalah HUBUNGAN antara pencipta dan ciptaan . HUBUNGAN yang dimaksudkan disini adalah penyerahan diri secara total, ikhlas (sincere) dan taat dengan cara yang sahih oleh Ciptaan kepada Pencipta dengan cara yang benar.
Apa sahaja yang mencakupi definisi seperti yang dijelaskan diatas, ia merupakan seorang muslim seperti apa yang telah dimaklumkan di dalam Al-Quran 22:18. “Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?
Oleh kerana Islam perlu dipercayai dengan cara yang sahih (authentic), maka manusia (creation) diberikan panduan (guidance) dalam mengenal Pencipta (creator) kerana kemampuan akal manusia adalah terhad.
Disebabkan perkara inilah Pencipta (creator) memilih dari kalangan manusia (creation) sebagai Rasul (Messenger) bagi menyampaikan panduan (guidance) kepada manusia.

dari manusia pertama iaitu Adam dan contoh yang lain adalah Noh (Noah), Ibrahim (Abraham), Ishaq (Isaac), Musa (Moses), Isa (Jesus) dan banyak lagi yang lain disebutkan dalam Al-AQuran telah dipilih menjadi Rasul (Messenger). Sehinggalah Rasul (Messenger) yang terakhir sebagai pelengkap kepada Rasul-Rasul (Messengers) yang lain iaitu Muhammad seperti yang disebut dalam Al-Quran 33:40.
Nabi Muhammad dihantar untuk memberi panduan kepada seluruh manusia di muka bumi ini seperti yang diceritakan dalam Al-Quran 21:107. Dari sinilah orang Islam mengenal Pencipta (creator) mereka. melalui Al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad ini telah dinyatakan siapakah Pencipta (Creator)kita:

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".  (Al-Quran 112:1-4)
berdasarkan apa yang telah dijelaskan diatas, untuk menjadi seorang muslim, maka seseorang itu mesti

1)         Percaya Tiada Tuhan Selain Allah
2)         Percaya Muhammad adalah Rasul Allah