Permata Bahagia


marhaban2u.com

Sunday, December 26, 2010

Dakwah perlu bijak

Seorang pelajar madrasah tergesa-gesa ingin pulang ke kampungnya.

‘’di kampong saya muncul seorang guru yang sesat yang telah mempengaruhi saudara dan teman-teman saya. Saya perlu pulang segere mencegah kemungkaran!’’

‘’sabar dulu. Aku ingin mengajarmu sedikit lagi tentang hikmah, ’’ kata gurunya.

‘’tak sempat. Saya perlu cepat!’’ si pelajar terus segera pulang ke kampungnya. Di sana dilihatnya guru sesat itu sedang mengajar.

‘’Aku ahli syurga. Aku telah nampak syurga dengan mata kepalaku. Sesiapa yang mengikut ajaranku akan masuk syurga. Kamu harus berbakti kepadaku dan menyerahkan harta dan tenagamu.’’ Begitulah kata-kata guru sesat itu.

Apalagi dia pun berteriak dengan lantang ‘’Kamu sesat! Tidak ada sesiapa yang selamat jika mengikut ajaranmu!’’

‘’berani kamu membantah kata-kata ahli syurga! Wahai pengikut-pengikutku, ajar pemuda yang kurang ajar ini!’’ perintah guru itu kepada para pengikutnya. Para pengikut guru yang sesat itu segere bertindak. Mereka menumbuk menampar dan menendang si pemuda yang berani mengecam guru mereka. Dengan tubuh dan muka berlumuran darah dan tangan yang patah, pelajar itu kembali ke madrasah pengajiannya.

‘’aku dipukul oleh pengikut setia ajaran sesat,’’ adu pelajar itu kepada gurunya.

‘’dalam usaha mencegah kemungkaran, kita bukan sahaja perlukan keberanian tetapi ilmu serta kebijaksanaan. Mari kita berangkat ke sana!’’

Sesampai sahaja di sana mereka terus ke tempat guru sesat itu mengajar.

‘’ saya ahli syurga saya boleh beri jaminan bahawa sesiapa yang berbakti kepada saya akan masuk syurga. Sebelum kamu bertaubat kepada Allah, kamu wajib bertaubat kepada saya,’’kata guru sesat itu menjalankan diayahnya. ‘’

‘’Ya tuan memang ahli syurga,’’ tiba-tiba suara guru penlajar itu kedengaran dari belakang. Si guru tersenyum sambil berkata ‘’ saya datang dari jauh untuk bertemu ahli syurga. Guru ditempat saya berpesan, apabila datang bertemu dengan tuan,tidak cukup kita menyerahkan harta dan memberti tenaga pada tuan, tetapi mesti mengambil cenderahati sebagai bukti kecintaan daripada tuan!’’

‘’bukti kecintaan daripada saya? Silakan,’’ kata guru sesat itu dengan senang hati.

‘’guru saya pesan jika hendak masuk syurga bersama tuan, hendaklah ada pada kami sehelai bulu dari mana-mana bahagian tubuh tuan sebagai berkat,’’.

Sebaik sahaja berkata demikian, dia terus meluru ke hadapan dan menarik janggut guru sesat itu sambil berkata ‘’ ayuh saudara-saudara! Mari kita cabut sebarang bulu dari kulit tuan guru kita sebagai bekalan menuju syurga!’’

Mendengar seruan itu, semua pengikut yang taksub itu meluru dan menerpa guru mereka. Ada yang mencabut rambut, mencabut bulu rambut, bulu dada, bulu ketiak, bulu kening dan bermacam-macam lagi.

‘’Aduh, aduh! Sakit! Sakit!!’’ jerit guru sasat itu tetapi orang ramai tidak peduli. Mereka ingin masuk syurga. Dagu dan kepala guru sesat itu luka-luka. Darah mengalir badannya dihenyak, bahkan kainya hamper dilondehkan.

‘’ jangan-jangan! Aku bukan ahki syurga! Jangan cabut bulu-buluku! Aku sakit! Aku sakit!’’ jeritnya.

‘’Dengar itu saudara-saudara! Semua ini tipuan belaka. Dia manusia biasa macam kita juga. Syurga hanya diraih dengan ketaatan yang ikhlas kepada Allah. Jangan bertuhankan manusia, ;; kata si guru kepada pengikut-pengikut guru sesat itu. Sambil merenung pelajarnya dia bertanya, ‘’ sekarang kamu mengerti?’’

‘’ya, sekarang saya mengerti apa itu hikmah!’’Pengajaran: dalam berdakwah kebenaran perlu disepadukan dengan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, kebenaran akan ditolak. Dan yang paling penting, jangan gopoh atau gelojoh dalam berdakwah.

No comments: