Permata Bahagia


marhaban2u.com

Tuesday, January 22, 2013

Ini kisahku SIRI 2


Malam sebelum aku memelapkan mata, hatiku masih tertanya2..
‘kenapa ye asyik teringat gambar tadi, mcm pelik je’ lalu ku abaikan saja, terus melelap mata..
Keesokkan paginya di makmal, kawan ku yg gemar berceloteh bercerita pula fasal kehidupannya di rumah bapa saudaranya itu. Apa lagi, tidak ku lepaskkan peluang keemasan itu, lalu ku tnyakan geranggan gambar yg metitip benih cinta di hatiku..
‘semalam aq ada tengok gambo sepupu kau yang kau tunjukk tu, sapa nama dia?’ soalan nakalku keluar..hehe lalu ku pasang telingga utuk mendengar namanya.. lalu kawanku laju menyebut namanya.. nasib baik sempat ku tangkap..
Faizil.. senang namanye nak ku ingat.. ‘aidil fitri wal faizin.. tapi tukar sikit.. ‘’faizil’’ memikir formula untuk mengingat namanya.. agar terpahat terus di minda.. Okay, cukup sekadar tahu namanya, hatiku puas..
Kawanku panjang lebar bercerita tentang faizil, dapatlah aku mengenal tentang dirinya serba sedikit..
‘’ nnti, kalau dia dh dapat kerja yang dia temuduga tu, kau kenalkan dia dgn aq eh..’’ kataku separuh bergurau separuh serius.  Kawanku hanya tersenyum bermakna..
........................................................................................
Suasana ramadhan menyingkap sanubari.. pagi dipenuhi ibadah puasa.. malam hari disebukkan dengan tarawih.. Bulan keberkatan..
Ramadhan yang kedua, di pagi hari aku menerima undangan kawan ku untuk ke rumah pak ciknya.. siapa lagi kalau bukan jemputan dari ibu bapa lelaki bernama ‘FAIZIL’..  ada curiga dihatiku, tak sedap rasa.. tapi kawanku memujuk bukan apa sekadar merasai berbuka puasa dan bertarawih di kampung.. kawanku seorang lagi begitu teruja untuk merasakan suasana kampung..
malam itu, hatiku gelisah, antara mahu menerima undangan itu atau tidak. aku takut andai, aku pergi nanti aku bakal mempermainkan satu hati.. barangkali dia ingat aku betul2 suka padanya. tapi, tidak ku nafikan persaan pelik yang kelmarin masih menghantui fikiranku.. aku tak tahu patutkah aku kesana.. adakah aku sedia. bagaimana kalau aku tidak suka nnti.. apa alasan yang patut ku berikan.. aku keliru. lalu kulakukan istikharah, setelah itu aku tidur dalam menangan air mata kekeliruan. moga ku harap aku diberi petunjuk..

                Pagi itu, aku bangun dengan sedikit perasaan tenang di hati.. usai solat tahajud, aku termenung.. aku masih keliru untuk pergi atau tidak. tapi mengadu padanya.. Ya Allah, berikan ku petanda.. usai solat subuh, aku mencapai aq-quran.. penang jiwaku dikala gelisah, penghibur hatiku dikala resah.. aku berharap agar ada sedikit petunjuk yang jelas bagi menenagkan hhati yang keliru ini..
Lalu ku buka lembarannya.. ada satu ayat yang ku jumpa..
yang bermaksud:
boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu.
Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.. (surah Al-Baqarah:216)

aku tersenyum, sambil air mata mengalir dipipi.. terasa hati ini terpujuk dengan kekeliruan yang aku alami.. hatiku tenang dan aku rasa aku mahu kerumahnya menerima undangan tersebut..
tiba-tiba pintu bilikku diketuk..
''dayah, petang nie kita pergi rumah pakcik tu eh. nanti dia jemput''
aku menangguk dan tersenyum. terasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal pula..hehe tak perlu aku menyatakan persetujuanku ke sana..


                   Dikala petang aq dijumput oleh pak cik tersebut kerumahnya. Setiba dirumahnya aq orang pertama melangkah masuk. Ada kelibat seorang lelaki kala itu duduk, dan sepintas lalu dengan kehadiranku dia menghilang. Hatiku tertanya, adakah dia orang yang bernama Faizil?..
Aq menemui mak cik yang sebelum ini aq hanya kenal sekali imbas sahaja.. dia menyambut aq mesra. Tapi lagi mesra pakcik melayani aku dengan memanggilku ‘akak’..
Menjelang magrib kami berbuka bersama. Perasaan ku malu bukan kepalang,.. terasa muka merah membahang menahan malu. Ku hanya membisu, sesekali tersenyum ketawa kecil menahan usikan kawan2ku. Perasaan ingin tahu dalam diriku memaksa aku untuk kuat mengangkat muka untuk melihat reaksinya.. hatiku berdebar, lalu sekilas aq menjeling ke arahnya yg duduk jauh di hujung meja. Ternyata aku hampa, kerna dia tidak sedikit pun memandangku malah makan sambil mengalihkan mukanya ke arah lain.. aku mula rasa barangkali dia benci atau meluat denganku.. hatiku mulai tawa.. aq pasrah, hanya berserah.. 

BERSAMBUNG...

Sunday, January 20, 2013

Ini kisahku.. SIRI 1

para pembaca blog, aq ingin titipkan secebis kisah hidupk, yang jarang utk aq ceritakan.. mungkin bukan utk tatapan kalian. barangkali untuk khalifah kecilku.. insyallah.. suatu hari nnti.. ^__^

setiap insan mempunyai kisah sendiri menemui cintanya.. begitu juga aku.. walau aq penah mencintai orang lain, tak bermakna aq bercinta, sekadar memendam rasa sahaja, itu biasa. tapi akan ku berikan sedikit cinta pada insan yang benar2 sedia dan sudi menerima cinta, kerna cinta ku istimewa, bukan murahan. cintaku mencari peneman setia yg sudi bersama dalam suka dan duka. yang pasti bukannya sandiwara sahaja..

orang bertanya, ajaib cintaku mengapa? tapi pernah bertemu, tanpa pernah bicara, tanpa pernah mengenal satu sama lain tapi aku tegar memilih dia.. kenapa??
aku manusia biasa, bukan manusia ajaib yang dapat 'detect' jodohku.. di sini, aq nyatakan sebahagiannya.. ini kisahku..

pulang dari menziarah rumah sahabatku di JB.. dalam bus, aq melayan fikiran.. adakah tiada lagi cinta lelaki untukku?. hatiku tiba2 menyapa.. sedih,. andai tiada aq redha..
aq dan kawanku bertiga, singgah solat di sebuah rumah kampung, di kala senja.. masuk ke rumah itu, aq rasa selesa. waktu maghrib berlalu ku rasa cepat ingkas aq bertanyakan tempat utk berwuduk.. aq diarah ke sebuah bilik oleh tuan rumah utk solat jamak. bingkas aq solat. usai solat aq berdoa.. tenang ku rasa..
perasaan yang jarang ku rasa.. rasa tempat ini serasi dgn ku walau tidak pernah ku jejaki sebelum ini..

aku bertanya hatiku ' perasaan apakah ini.. tenang, nyaman, macam dah lama tinggal di sini, barangkali aku bakal tinggal kat sini kot, jadi penghuni rumah ni..hehe' hatiku berjenaka..
lalu perasaan itu ku abaikan sahaja, aq dijamu dgn milo panas oleh anak tuan rumah..
rumahnya ku teliti.. ada tulisan aya2 suci al quran yang diselit di celah pintu dan tingkap.. nampak pelik, tapi terasa ingin tahu lalu ku bertanya.. kawanku kata anak tuan rumah ini iaitu sepupunya yang buat..
kawanku yang lagi seorang mengatakan ini pelik, jarang dibuat org.. tapi hati kecilku berkata, aku ingin mengenali orang itu tapi lidahku terkunci.. jadi aku hanya memerhati..

tiba masanya, kami untuk berangkat, sampai di ruang hadapan, kawanku menunjuk jari pada satu gambar..
'' inilah orang nyer yang buat semua tu. dia ni sesuai dengan kau dayah. alim orang nyer, orang panggil dia tok moh'' kawanku berjenaka..

aku memandang wajahnya.. hatiku rasa sesuatu.. lalu ku palingkan wajah ku dari memandang gambar itu.. 'ish, kenapa aku tengok gamo dia lama, malun kalau ayah dia perasan' desis hatiku.. tapi hatiku meronta2 untuk melihat gamar itu semula.. gambar iasa sahaja. insan yang tiada la rupa mana. tapi hatiku senang melihat nya.. tetiba hatiku berkata ' kalau aq tak cuba kenal dengan dia, maye aq takkan dapat peluang kenal orang yg sebaiknya lagi'.. aq tersedar.. astaghfirullah.. kenapa aku pandang lagi gambar itu.. lupakan saja. desis hatiku..

BERSAMBUNG...