Permata Bahagia


marhaban2u.com

Thursday, December 13, 2018

INI KISAHKU SIRI 12


Pagi ini aku meluangkan masa bersama faizil bagi membeli barang keperluan dapur di sebuah super market ternama. Sedang aku melalui kaki lima bangunan, segerumbolan orang mengerumun di satu tempat.

‘’ sebab apa ramai orang kat situ yer? Jom kita pergi tengok,’’ kata ku sambal tangan ku menarik tangan Faizil untuk segera sampai di kerumunan orang itu.

‘’ eh, Anuar Zain la! Tak sangka dia ada buat show kat sini,’’ kataku penuh teruja. Aku sememangnya peminat Anuar Zain. Lagu-lagunya sering aku nyanyikan sewaktu memasak di dapur. Faham benar suamiku dengan sikapku. Kakalu sesuatu lagu itu aku minat, tak jemu-jemu mengulang lagu itu.

‘’ jangan tengok dia lama-lama, tak baik lah ayang,’’ berkata kepadaku sambal cuba menarik semula tanganku dari kerumunan orang tersebut.

‘’ ala, abang. Bukan selalu dapat jumpa Anuar Zain. Sekejap la abang, nanti kita sambung la shopping,’’ ujurku.

‘’ abang lagi muda, lagi hensem daripada dia. Tengok abang je cukup,” kata suamiku. Sebenarnya dia jarang bersikap sebegitu. Bila dia benar-benar cemburu, memang terserlah kecemburuannya. Mana tak cemburukan, kekasih hati melihat orang lain.

Pernah sekali suamiku ternampak rakan sekerja lelakiku berbual dengan aku sambal tersenyum-senyum. Di kala itu Faizil sedeng menjemputku pulang dari kerja. Bila aku masuk ke kereta, masam mencuka muka suamiku itu. Bila di tanya kenapa, dia kata dia rasa nak tumbuk sahaja lelaki yang senyum kepadaku itu. Rupanya cemburu!.

Sejak itu, aku mula menjaga pergaulan ku, kalau berbual dengan lelaki aku tak akan layan mereka lebih-lebih. Berbual hal-hal penting sahaja. Aku lebih suka menjaga hati suamiku. Dia keutamaanku. Aku juga berharap dia juga dapat menjaga pergualan dia bersama rakan-rakan sekerja perempuannya walaupun di luar pengetahuanku.

Seperti ayat Al-quran yang sering aku baca,

 “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Surah Nur, Ayat 30)

Ada juga hadis yang menyatakan Rasulullah bersabda Wahai Ali, janganlah pandangan pertama kau ikuti dengan pandangan berikutnya.

Untukmu pandangan pertama, tetapi bukan untuk berikutnya.”
(HR. Tirmidzi)

‘’ baiklah abang, jom kita sambung beli barang,’’ ujurku sambil ketawa kecil melihat muka suamiku merah menahan rasa cemburu.

No comments: