Permata Bahagia


marhaban2u.com

Wednesday, December 12, 2018

INI KISAHKU SIRI 11


Aku membelek al-mathurat, membaca dan menghayati doa-doa yang ada didalamnya. Sambil aku baca mathurat, sambil aku baca terjemahannya. Yer, agak rugi rasanya tidak memahami Bahasa arab ini. Terpaksa mengambil masa memahaminya. Kalaulah aku faham, sekali baca sahaja selesai. Aku terapkan azam untuk memahami Bahasa arab sedikit demi sedikit. Sedang aku asyik membaca, seseorang menyentuh bahuku.

‘ Ayang, maaf abang lambat sikit. Jom kita solat,’’ kata Faizil.

Aku tersentak dan membalas dengan senyuman. Dalam hati rasa bangga dan bahagia mendapat suami sebaik Faizil. Dia tidak lupa akan tanggung jawabnya sebagai pemimpin aku. Ku harap dia dapat memperbaiki agamaku dan kami saling berpegangan tangan bersiar-siar di syurga nanti.
Selesai solat seperti biasa kami akan bertasmiq bacaan Al-quran. Bacaan Faizil jauh lagi baik dari bacaan ku. Sesekali aku ditegur kerana bacaanku sedikit tersasar. Tapi aku terima teguran itu dengan lapang dada. Alhamdulillah, syukur ada yang membetulkan. Setelah beberapa helaian Al-Quran dibaca, aku beralih pula pada buku hadis.

Sengaja aku memenuhi masa dengan perisian sebegini. Hati kami berasa damai dan tenang. Benar janji Allah, dalam perkahwinan yang berpaksikan cinta kepada Allah akan menjemput kasih-sayang Allah. Maka mellimpahlah sakinah, mawadah dan rahmah. Tidak dapat dijelaskan perasaan itu bagaimana. Yang pasti ia terasa sangat indah.

Aku membaca beberapa hadis dan taksirannya. Faizil pula baring di atas ribaku sambal mendengar dengan khusyuk. Dia keletihan selepas seharian bekerja. Waktu kerjanya dengan aku berbeza. Ada  aku sempat berjumpanya hanya di pagi hari sebelum aku pergi kerja. Ada kala kami hanya bertemu belah malam sahaja. Ada kala aku cuti hari minggu sementara dia bekerja dan sebaliknya.
Aku redha dengan rutin harian kami ini. Sedikit demi sedikit kami akan biasa nanti.yang penting kami saling memahami tanguung jawab masing-masing.

Tiba-tiba Faizil bersuara. '' ayang, agak-agaknya bila kita boleh dapat anak yer? abang tak sabar nak jadi ayah''. kata suamiku mencurahkan suara hatinya.

Hatiku tiba-tiba berubah menjadi sayu. telah 4 bulan usia perkahwinan kami. Tapi belum ada tanda-tanda kami bakal menerima zuriat. Aku ingin seperti menjadi seorang ibu. Membelai dan mendidik khalifah kecil itu hingga menjadi insan yang mulia.

Tidak semena-mena air mataku mengalir sendiri. jatuh menitik ke muka suamiku tanpa aku sempat menahan. segera aku sela air mataku.

Faizil tersentak, segera dia bangun dari baringannya. ''ayang menangis?'' dia bertanya dengan penuh gelisah. segera dia memeluk tubuhku.

''maafkan abang. Abang tak patut tanya macam gitu pada ayang,'' kata Faizil sambil mengusap-usap kepalaku yang masih berbalut telekung.

'' Ayang sedih.. '' hanya itu ayat yang keluar dari mulutku. naluri ingin memiliki anak meluap-luap di hatiku.

'Ya Allah, rahim aku baru kosong tanpa zuriat 4 bulan. itu pun aku dah rasa sedih. bagaimanalah perasaan orang yang bertahun-tahun tiada zuriat. pasti jauh lagi sedih. Ya Allah, kuatkan aku.' getus hatiku.

'' Ayang jangan sedih, nanti abang pu sedih juga,'' pujuk suamiku. dia pun tida tahu nak kata apa. dia rasa bersalah bertanyakan soalan sebegitu. Kemas dia memelukku.

'' Ayang dah ok,'' jawabku. sedikit pelukan dan semangat dari suamiku sudah cukup membuatkan kesedihanku reda. Syukur ada suami yang penyayang dan memahami.

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu isyak. kami pun segera memperbaharui wuduk untuk solat berjemaah.

No comments: