Permata Bahagia


marhaban2u.com

Monday, April 7, 2014

APA ITU ISLAM

Perkataan “Islam” adalah perkataan bahasa arab, iaitu sama maksud dengan kata akar:
1.     ”Salam” yang bermaksud aman, sejahtera
2.   “Aslama” bermaksud penyerahan secara total, taat, patuh
3.   “Salima” bermaksud suci, ikhlas (sincere), sahih (authentic)
Demikianlah Islam dari sudut bahasa, manakala dari sudut istilah pula, Islam adalah HUBUNGAN antara pencipta dan ciptaan . HUBUNGAN yang dimaksudkan disini adalah penyerahan diri secara total, ikhlas (sincere) dan taat dengan cara yang sahih oleh Ciptaan kepada Pencipta dengan cara yang benar.
Apa sahaja yang mencakupi definisi seperti yang dijelaskan diatas, ia merupakan seorang muslim seperti apa yang telah dimaklumkan di dalam Al-Quran 22:18. “Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?
Oleh kerana Islam perlu dipercayai dengan cara yang sahih (authentic), maka manusia (creation) diberikan panduan (guidance) dalam mengenal Pencipta (creator) kerana kemampuan akal manusia adalah terhad.
Disebabkan perkara inilah Pencipta (creator) memilih dari kalangan manusia (creation) sebagai Rasul (Messenger) bagi menyampaikan panduan (guidance) kepada manusia.

dari manusia pertama iaitu Adam dan contoh yang lain adalah Noh (Noah), Ibrahim (Abraham), Ishaq (Isaac), Musa (Moses), Isa (Jesus) dan banyak lagi yang lain disebutkan dalam Al-AQuran telah dipilih menjadi Rasul (Messenger). Sehinggalah Rasul (Messenger) yang terakhir sebagai pelengkap kepada Rasul-Rasul (Messengers) yang lain iaitu Muhammad seperti yang disebut dalam Al-Quran 33:40.
Nabi Muhammad dihantar untuk memberi panduan kepada seluruh manusia di muka bumi ini seperti yang diceritakan dalam Al-Quran 21:107. Dari sinilah orang Islam mengenal Pencipta (creator) mereka. melalui Al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad ini telah dinyatakan siapakah Pencipta (Creator)kita:

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".  (Al-Quran 112:1-4)
berdasarkan apa yang telah dijelaskan diatas, untuk menjadi seorang muslim, maka seseorang itu mesti

1)         Percaya Tiada Tuhan Selain Allah
2)         Percaya Muhammad adalah Rasul Allah

No comments: