Permata Bahagia


marhaban2u.com

Tuesday, December 7, 2010

Mimpi yang aneh

Mimpi yang aneh

Dalam satu musim haji, sebagaimana biasa radio negara Arab Saudi membuat program soal jawab agama secara langsung berkenaan permasalahan yang berkaitan ibadat haji. Para pemanggil bertanya soalan dan dijawab oleh pakar-pakar yang bertugas.

Seorang wanita telah menelefon dan bertanya ‘’Tuan sheikh, saya telah bermimpi suatu mimpi yang ganjil, bolehkan tuan mentafsirkan mimpi saya?’’

ulama tersebut menjawab ‘' kita dalam perbincangan berkenaan haji, bukannya mentafsir mimpi. Walaubagaimanapun, sila puan nyatakan mimpi tersebut.’’

Wanita itu menyambung ‘’ saya mimpi melihat seorang lelaki sedang tawaf mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!’’

ulama itu terdiam seketika lantas berkata ‘’sebenarnya, lelaki yang puan lihat itu telah mendapat haji yang mabrur. Dia sedang melakukan tawaf widak sebelum pulang ke kampong halamanya. Saya mentafsirkan sedemikian kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seseorang yang mendapat haji yang mabrur akan pulang sebagaimana hari ia dilahirkan. Setiap orang dilahirkan dalam keadaan telanjang. Puan sampaikan berita gembira kepada lelaki tersebut sekiranya puan mengenalinya. Ini adalah isyarat gembira daripada Allah kepadanya’’.

Lalu wanita itu menjawab spontan dengan penuh emosi ‘’Demi Allah sheikh, orang yang saya lihat dalam mimpi itu adalah tuan sendiri!’’ Tiba-tiba ulama tersebut terus sebak tidak meneruskan soal jawab pada hari tersebut.

Subhanallah! Ada manusia yang beroleh nikmat sehebat ini. Keikhlasan dan kesungguhannya menjaga tertib ibadah yang didasari ilmu serta kefahaman, akhirnya natijahnya kejayaan dan keindahan bukan sahaja di akhirat tetapi dapat dikecapi sejak di dunia lagi. Ya Allah kurniakanlah kami dengan haji yang mambrur..

No comments: