Permata Bahagia


marhaban2u.com

Tuesday, December 7, 2010

Hanya 1 ½ jam..

Hanya 1 ½ jam..

Umur kita manusia masa kini tak akan pernah mencecah 200 tahun. Bahkan untuk umat Muhammad, umur kita adalah lebih kurang umur Baginda juga. Rasulullah pernah bersabda ‘’umur-umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun’’. Sangat sedikit antara mereka zaman ini adalah 63 tahun. Sekalipun berjaya mencecah 63 tahun, tempoh ini masih dikira terlalu singkat berbanding jangka hidup diakhirat yang kekal abadi (infiniti) sebagai perbandingan, Al-quran menyatakan 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Bayangkan…

Ini bererti jika kita berjaya hidup selama 63 tahun, maka itu sama dengan 1 ½ jam sahaja hidup di akhirat. Sangat singkat! Rasa yang terlalu singkat ini tidak akan kita rasai hakikatnya di dunia ini, tetapi di akhirat nanti pasti kita akan merasainya. Firman Allah yang menjelaskan hakikat itu berbunyi yang bermaksud:
‘’Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak) dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesame sendiri. Sesungguhnya rugilah orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)’’ (Surah Yunus 10:45)

No comments: