Permata Bahagia


marhaban2u.com

Sunday, April 28, 2013

Ini kisahku SIRI 5


Ramadahan dilalui dengan tenang.. kisah aku dan insan bernama Faizil telah tersebar dikalangan kawan di situ.  Aku hargai keinginan kawanku untuk menyatukanku dengan sepupu nya itu. Tapi aku belum bersedia.  Rancak aktiviti2 bersama pertubuhan Ikram aku ikuti. 

Dua minggu kemudian, sekali lagi aku menerima jemputan dari ibu Faizil ke rumahnya. Hatiku kembali gelisah. Aku harus membuat pilihan. 

‘Kalau dah kali ke -2 jemput datang rumah nie, dah macam serius jer’ fikirku.

Hatiku mula resah. Tak tahu samada hendak menerima jemputan atau tolak saja. Kebetulan tarikh yang dijemput itu bertepatan dengan program usrah di matrik johor. Jadi, aku gunakan alasan itu untuk menolak jemputan itu. Walau hati rasa bersalah, tapi.. 

‘Argh.. aku belum bersedia, takut2 dia mintak alamat rumah terus datang merisik. Sedangkan aku tak kenal lagi si Faizil tu’ fikirku.
Tidak mahu memberatkan fikiran, aku lupakan perkara ini buat seketika. 

Rasa bersalah pulak rasa di hati, kala undangan orang tak dikunjungi. Minggu berikutnya, aku ke pasar raya. Jualan hari raya meriah sekali. Lagu raya dilaungkan berulang-ulang kali. Tak tahu nak beri apa pada keluarga Faizil dan buah tangan untuk kawanku sebelum dia menamatkan praktikal nya. Ku capai saja dua balang kuih kacang perisa coklat. Mungkin mak ayahnya tak boleh makan, sebab kiuh kacang kan keras. Harap anak2 nya makan. Satu balang ku hadihkan pada kawanku itu, dan satu lagi kepada mak cik iaitu ibu kepada Faizil. Ku kirimkan sahaja pada kawanku untuk dibawa pulang.

Dipendekkan cerita, esoknya bersamaan hari kelahiranku iaitu 23 ogos 2010, aku menerima sebalang kuih loyang dan beberapa bungkusan kuih dari mak cik. Mungkin sebagai balasan pemberianku semalam. 

‘’Kenapa tak bagi tahu hari ini hari jadi kau, kalau tak boleh dapat hadiah lagi besar’’katanya.
‘’nak bagi hadiah apa? Baglo? Mecerdes?’’ lawakku mengajuk kata2nya sebelum ini.
‘’Amboi..’’ kami ketawa bersama..

Selang beberapa menamatkan praktikalnya di situ. Aku pasrah. Mungkin kisah ceritaku dengan Faizil, sampai di sini saja.. fikirku..

BERSAMBUNG..

No comments: