Permata Bahagia


marhaban2u.com

Tuesday, December 7, 2010

Syaitan mengejutkannya untuk solat

Syaitan mengejutkannya untuk solat

Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hamper terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan mengigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

‘’Mengapa kamu kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kamu amat benci pada orang yang solat?’’

‘’Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh,’’jawab syaitan. Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya. ‘’kenapa?’’.

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

‘’Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,’’ kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi, ‘’kau akan bersedekah. Kau akan bantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca Al-Quran untuk menampung dosamu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!’’

Pengajarannya: begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

No comments: