Permata Bahagia


marhaban2u.com

Monday, December 27, 2010

Bersyukur

Pada zaman Nabi Musa a.s terdapat dua orang yang memohon Nabi Musa a.s berdoa untuk mereka. Seorang ini sangat daif. Dia hanya mempunyai sepasang baju sahaja. Dia meminta Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah untuk memberinya kekayaan. Manakala seorang lagi sangat kaya. Hartanya melimpah ruah. Hartanya telah disedekahkan tapi Allah menambah lagi rezekinya. Sampai dia tidak tahu mahu buat apa lagi pada hartanya itu. Nabi Musa pun memohon doa untuk mereka berdua.

Setelah berdoa Nabi Musa bertemu kembali dengan kedua-dua orang itu. Dai bertanya pada si miskin.

‘’Aku telah berdoa kepada Allah, adakah sekarang kamu bersyukur?’’

‘’Aku tidak ada apa-apa. Tak tahu apa yang perlu aku syukurkan. Sepasang baju ini sahaja yang aku ada’’.

Lalu angin bertiup dengan kuat menerbangkan semua yang si miskin itu ada. Jadi tidaklah dia berpakaian.

Nabi Musa bertemu dengan lelaki yang kaya lalu bertanya soalan yang sama.

‘’Aku telah berdoa kepada Allah, adakah sekarang kamu bersyukur?’’

Orang kaya itu menjawab ‘’aku amat bersyukur sampai tak tahu nak bersyukur macam mana lagi. bila aku sedekahkan Dia gantikan dengan yang banyak lagi.’’

‘’Allah memberikan sebegitu kerana Engkau tahu bersyukur.’’ Kata Nabi Musa

Pengajaran: tidak kira kecil atau besar, pahit atau manis pemberian yang Allah berikan, kita perlu bersyukur. Macam si miskin tadi. Dia hanya diberi pakaian tapi dia tidak bersyukur. Bukankah pakaiannya itu satu nikmat juga dapat menutup dirinya dari panas dan sejuk. Moga kita dipilih menjadi hambanya yang bersyukur.

No comments: