Ramadahan dilalui dengan tenang.. kisah aku dan insan
bernama Faizil telah tersebar dikalangan kawan di situ. Aku hargai keinginan kawanku untuk
menyatukanku dengan sepupu nya itu. Tapi aku belum bersedia. Rancak aktiviti2 bersama pertubuhan Ikram aku
ikuti.
Dua minggu kemudian, sekali lagi aku menerima jemputan dari
ibu Faizil ke rumahnya. Hatiku kembali gelisah. Aku harus membuat pilihan.
‘Kalau dah kali ke -2 jemput datang rumah nie, dah macam
serius jer’ fikirku.
Hatiku mula resah. Tak tahu samada hendak menerima jemputan
atau tolak saja. Kebetulan tarikh yang dijemput itu bertepatan dengan program
usrah di matrik johor. Jadi, aku gunakan alasan itu untuk menolak jemputan itu.
Walau hati rasa bersalah, tapi..
‘Argh.. aku belum bersedia, takut2 dia mintak alamat rumah
terus datang merisik. Sedangkan aku tak kenal lagi si Faizil tu’ fikirku.
Tidak
mahu memberatkan fikiran, aku lupakan perkara ini buat seketika.
Rasa bersalah pulak rasa di hati, kala undangan orang tak
dikunjungi. Minggu berikutnya, aku ke pasar raya. Jualan hari raya meriah
sekali. Lagu raya dilaungkan berulang-ulang kali. Tak tahu nak beri apa pada
keluarga Faizil dan buah tangan untuk kawanku sebelum dia menamatkan praktikal
nya. Ku capai saja dua balang kuih kacang perisa coklat. Mungkin mak ayahnya
tak boleh makan, sebab kiuh kacang kan keras. Harap anak2 nya makan. Satu
balang ku hadihkan pada kawanku itu, dan satu lagi kepada mak cik iaitu ibu
kepada Faizil. Ku kirimkan sahaja pada kawanku untuk dibawa pulang.
Dipendekkan cerita, esoknya bersamaan hari kelahiranku iaitu
23 ogos 2010, aku menerima sebalang kuih loyang dan beberapa bungkusan kuih
dari mak cik. Mungkin sebagai balasan pemberianku semalam.
‘’Kenapa tak bagi tahu hari ini hari jadi kau, kalau tak
boleh dapat hadiah lagi besar’’katanya.
‘’nak bagi hadiah apa? Baglo? Mecerdes?’’ lawakku mengajuk
kata2nya sebelum ini.
‘’Amboi..’’ kami ketawa bersama..
Selang beberapa menamatkan praktikalnya di situ. Aku pasrah.
Mungkin kisah ceritaku dengan Faizil, sampai di sini saja.. fikirku..
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment