Hari minggu bermula seperti biasa.. aku sebukkan diriku
dengan program2 keagamaan seperti usrah dan lain2. Jadi tidaklah hatiku asyik
berfikir tentang cinta, cinta, dan cinta sampai lembik..
Pagi itu aku masuk ke lab seperti biasa, rutin sebagai
student praktikal.. disuruh sana, di arah sini..
Kadang2 merayap sana sini..hehe
Dan kala itu, sepupu faizil datang kepadaku.. membawa satu
berita yang ingin dikatakan..
Dia bawa aku ke satu tempat yang jauh sikit dari kesibukkan
orang.. dan dengan riang dia menyebut..
‘’dayah, dia setuju’’..
Aku terkedu, rasa kembang hati ini berbunga-bunga.. haha
tidak kusangka..
Malu2 kucing rupanye dia.hehe syukur sangat dalam hati..
Kawanku yang lalu di situ lain pula nadanya bila mengetahui
berita itu..
‘’memang la dia setuju, dayah kan dah conferm ada kerje abis
study nanti.. goverment pulak tu..sapa yang tak nak’’ kawanku selamba berkata..
Hatiku yang mulanya berbunga mula terkedu..
Dan aku terfikir, mungkinkah benar kata-katanya itu. Kalau
hanya sebab itu, aku tak rela menerimanya. Tapi hati kecilku berharap bukan itu
sebabnya.. bukan kerana harta, bukan kerana dunia. Sebab aku ingin dia dan aku
ikhlas untuk memimpin di syurga..
Malas untuk fikirkan kata-kata kawan ku itu, lalu aku masuk
ke bilik komputer jejariku laju menekan kekunci mencari mail box ku.. tetiba
muncul satu nama insan yang pernah aku cinta dalam ruangan chatting..
Ayatnye biasa, memberi salam dan bertanya kabar.. tapi cukup
membuat hatiku melonjak gembira. Aku kongsikan kegembiraan ini dengan insan
yang paling rapat dengan ku.. sahabatku kak adah..
Aku membalas chat tersebut serba ringkas, sebab darah
gemuruhku mula menembal.. hampir setiap hari aku menunggunya, kini dia muncul
tiba.. tapi.. masa itu aku malu dan banyak kerje.. maaf, aku hanya mengatakan kabar dan minta maaf, nak sambung kerje.. hmm, tak mengapa, yang penting aku tahu dia masih ingat padaku, dan perasaanku padanya tetap sama seperti dahulu..
Hmm.. dua insan muncul dalam hatiku dikala masa yang sama..
aku keliru.. seorang suka dan seorang lagi aku tak tahu bagaimana persaannya..
aku mula confius.. lalu aku tanya kawanku itu..
Masihku ingat kata-kataku..
‘’ camne ye, nak pilih sepupu kau ker nak pilih ***** tu?’’
tanyaku padanya..
‘’ tu kau kena pilih sendiri, aku tak tau..hehe’’ katanya..
Hmm... pilihan..pilihan..pilihan.. hidup ini penuh pilihan..
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment