Simbol @ adalah tulisan Alexanderwathern (ISLAM)
Simbol + adalah tulisan Frontline (KRISTIAN)
MASALAH ELOHIM & KITAB
SUCI
@ Bible terdahulu membezakan
sebutan untuk Tuhan dengan yang lain dengan pelbagai nama supaya
pembacanya tidak terkeliru
dan tersilap iman. Antaranya
perkataan hotheos, tontheos, elohim, el eyon, eloah, elohim, eli dan
lain-lain.
Mengapa
apabla diterjemah ke dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Indonesia semuanya menjadi Tuhan atau Allah? Ini
membuatkan semua orang
ditipu apabila yang Tuhan dan
tuhan-tuhan atau Allah dan allah allah dipercayai sebagai Tuhan atau
Allah dalam al Kitab! Dalam
bahasa Inggeris semuanya disebut
God, membuatkan semua pembaca Bible tertipu seumur hidup.
Persoalannya: Mengapa menipu
dalam menterjemah? Mengapa mengelirukan umat Kristian?
Ayat Bible Kejadian 1:1
“Pada mulanya Tuhan menjadikan langit dan bumi.”
Perkataan
Tuhan dalam ayat ini daripada naskah Hebrew adalah “Elohim”.
Maka perkataan asalnya sebelum diterjemah berbunyi:
“Pada mulanya elohim menjadikan langit dan bumi.” Dalam bahasa Hebrew, elohim bermaksud
tuhan-tuhan, bukannya Tuhan. Untuk Tuhan dinamakan El.
Sepatutnya ayat tersebut diterjemah sebagai:
“Pada
mulanya tuhan-tuhan menjadikan langit dan bumi.”
Persoalanya: Mengapa menipu dalam menterjemah? Mengapa
menipu umat Kristian?
+ Pasti ada kata-kata atau sebutan-sebutan di dalam bahasa asli yang tidak ada paralel-nya di dalam bahasa setempat.
@ Setuju. Tapi yang berlaku di Al Kitab sudah amat jauh menyeleweng hinggakan langsung tidak berdekatan maksudnya
dengan yang asli.
Mengapa tidak
diterjemahkan secara jujur aja? yang “Tuhan” di tulis “Tuhan”
dan yang “tuhan-tuhan” ditulis
“tuhan-tuhan”. Mengapa yang “tuhan-tuhan’ ditulis “Tuhan”?
Kalaupun benar itu menunjukkan
trinitas, semasa menterjemah semestinya jangan menipu, terjemahkan saja
secara jujur dan orang
akan tetap faham yang itu
menunjukkan doktrin! Persoalannya, mengapa disorokkan hal ini sejak
sekian lama daripada pengetahuan
umum?
+ Untuk tujuan yang lebih
khusus, kita memang perlu belajar bahasa asli Alkitab. Tetapi cukuplah
kita katakan penterjemahan
yang ada membuat pesan-pesan di
dalam Alkitab sampai kepada seluruh bahasa di dunia, tanpa sedikitpun
mengorbankan substansi
dan esensi pesan itu. Menterjemahkan
bukan menipu. Karena sudah sewajarnya jika tujuannya menipu, kita harus
memusnahkan atau
paling tidak menyembunyikan dulu
yang asli.
@ Ya. Itulah yang berlaku dalam dunia Kristian, YANG ASLINYA DISOROKKAN. Siapa pernah tengok 24000 tulisan lama yang
disorok di tempat-tempat tertentu seperti di Vatican dan sebagainya?
Mengapa ia disorok?
Mengapa
hanya sebilangan
yang amat kecil dari golongan para
paderi saja yang dibenarkan meilhatnya ketika hendak dibuat revisi?
Mengapa tidak didedahkan
kepada umum?
Mengapa ratusan lembaran Injil dibakar dalam Persidangan Nicea? Bukankah itu untuk menyembunyikan kebenaran?
Bagaimana ratusan kitab itu
diletakkan di atas satu meja dalam sebuah bilik yang berkunci, kemudian
dibuat peraturan-
kitab mana yang esok pagi dengan
sendirinya berada di atas meja, itulah yang akan diterima dan yang
lainnya dibakar. Esoknya,
4 Injil yang digunakan sekarang
didapati berada di atas meja. Maka yang lainnya terus dibakar! Tuan
boleh percaya permainan
sebegini?
+ Tidak ada bukti utk klaim seperti ini.
@ Bagaimana mahu ditemui buktinya kerana tuan sendiri nampaknya tidak pernah tahu perkara-perkara di bawah, yang sepatutnya
sedia diketahui oleh seorang Kristian! Seharusnya tuan belajar dulu:
1.
Apa dia 24000 tulisan lama? Di mana ia sekarang?
Apa kaitannya dengan ajaran dan
kitab suci Kristian? Mengapa ia tidak pernah didedahkan kepada umat
Kristian? Mengapa semua
Bible hari ini yang merujuk
kepadanya tidak pernah ada dua Bible yang sama, padahal rujukannya 24000
tulisan yang sama?
2.
Apa Persidangan Nicea? Bila? Siapa
penganjurnya? Apa yang berlaku semasa persidangan itu? Bagimana caranya
mereka memilih
hanya 4 naskah Injil drpd ratusan
yang lain? Mengapa ratusan naskah lain dibakar sedangkan 24000 tulisan
lama kini begitu
dipelihara?
Amatlah menghairankan apabila tuan seorang Kristian meminta bukti perkara di atas kepada saya!
Sepatutnya tuan sudah
sedia tahu semua ini kerana ia amat penting dalam dunia Kristian!!!
+ Kenyataannya justru persis
terbalik. Tidak ada muslim scholar yang berani menjamin telah melihat
atau mempelajari manuskrip
asli Quran, bahkan saat ini,
penyimpanan manuskrip2 Quran ini di Turki dan Kairo tidak terbuka untuk
umum.
@ Saya tidak mengerti, apakah tuan cuba menyamakan Al Quran dengan Al Kitab?
Tuan
harus faham, umat Islam tidak perlu
kepada melihat secara dekat, membaca
dan mengkaji naskah-naskah Al Quran lama itu kerana sejak zaman Nabi
Muhammad lagi Al
Quran telah dihafal keseluruhannya
secara huruf demi huruf oleh ribuan para sahabatnya.
Umat Kristianlah yang mesti
berhajat kepada melihat teks awal Al Kitab kerana ia tidak dihafal
secara huruf demi huruf.
Pada zaman Jesus penghafalnya amat
sedikit dan yang menghafal itu pula tidak menghafal keseluruhannya,
hanya bahagian-bahagian
tertentu. Mereka tertindas, terpisah
dan berdakwah secara sembunyi-sembunyi kerana kekejaman pemerintah.
Maka jika ada kesilapan
atau penyelewengan, tidak ada tempat
untuk dirujuk sebab mereka saling berpisah, tidak berkumpul.
Bandingkan dengan Al Quran. Dan
dari semasa ke semasa jumlah para penghafalnya secara huruf demi huruf
semakin bertambah
hinggakan kini sudah berjumlah
jutaan orang di seluruh dunia. Seandainya ada satu saja kesilapan atau
penyelewengan, maka
ia dengan mudah dapat dikesan oleh
umat Islam.
Para sahabat Muhammad tidak seperti pengikut Jesus.
Ribuan penghafal berkumpul
di Madinah selepas zaman Muhammad
sementara ribuan lagi keluar berdakwah ke seluruh dunia. Dengan
berkumpulnya mereka secara
ramai di satu tempat, dalam keadaan
tidak ditindas sesiapa (sebaliknya memimpin), maka sebarang kesilapan
atau penyelewengan
dalam hafalan amat mudah dikesan.
Mustahil ada seorang yang boleh menipu walau satu ayat.
Bagaimana dengan pengikut
Jesus? Sekiranya seorang melakukan kesalahan hafalan atau penyelewengan,
di mana hendak dirujuk?
Sebab itulah hingga ke hari ini kita
masih belum bertemu dengan satu Al Kitab, sebaliknya pelbagai versi Al
Kitab. Sedangkan
dari zaman Muhammad hingga kini,
hanya ada satu Al Quran.
Oleh kerana telah ada sumber untuk
mengesahkan Al Quran
iaitu melalui hafalan jutaan umat
Islam hari ini, maka umat Islam tidak memerlukan untuk melihat secara
dekat, membaca dan
menmgkaji naskah-naskah lama itu
kerana ia tetap sama secara huruf demi huruf dengan hafalan kami.
Umat Kristianlah yang
sepatutnya mengkaji 24000 tulisan lama itu untuk menentukan
kebenarannya. Malangnya apabila hendak
dibuat revisi barulah dibenarkan
melihatnya. Itu pun, setiap kali revisi semuanya tidak pernah ada dua
versi yang sama, padahal
mereka melihat sumber yang sama!
Alangkah peliknya? Seringkali aja ada ayat baru ditambah dan ayat lama
yang dibuang! Pernah
tuan fikirkan?
TAMAT!!! Tiada balasan Frontline.
No comments:
Post a Comment