Ramai orang tanya aku tips2 sebelum temuduga. Aku pun tak
tahu nak cerita panjang lebar dalam masa yang singkat. So, aku terfikir nak
kongsi cerita mcm mana aku pergi interview dulu. Moga ada sikit bayangan untuk
kalian situasi temuduga tu nanti ye. Ini kisahnya... jeng..jeng..
Sebelum aku nak berhijrah pergi temuduga, seribu satu
persoalan bermain di fikiranku. Kerana kasih ku pada ummi dan ayah sahaja yang
membuatkan aku pergi temuduga. Hanya itu.. tak kusangka detik itu, kehidupanku
yang ku rancang sebelum ini berubah dengan mendadak.
Pukul 4 pagi aku bertolak ke muar bersama kekasih ku.. iaitu
ummi dan ayah tercinta..hehe dalam kereta aku sebuk menghafal apa dan berlatih
ala kadar sebagai persediaan untuk temu duga.. hasil tunjuk ajar mak cik aq, aq
dapat serba sedikit idea. Mesti penemuduga tu suruh aku perkenalkan diri dan
suruh aq cerita tentang jawatan yang aku mohon. Yes, aq dah berlatih depan
cermin.. hehe ada sedikit confident..
Sebelum temuduga, ada ujian bertulis.. aq datang2, dah
terlewat, ujian dah bermula.. so aq senyum2 masuk dewan. Nasib baik penjaga
kertas tu tak marah.hehe ujiannya tak la susah, Cuma tanya pasal peribadi,
minta kita.. bla..bla.. bulankan aje. Senang. Korang pun boleh buat. Soalan
dalam BM ye. Takyah risau. Aq jawab pun sambil menguap-guap.. ngantuk kot
sepanjang perjalanan tak tido mikir.. seb baik ada penjaga kertas yang hensem,
main jeling2 sikit bagi hilang gantuk..kihkih
Lepas abis ujian bertulis, bermulalah sesi temuduga.. Ya
ALLAH.. hati ni berdebar-debar. Jantung dap dup dap dup.. rasa mcm nak
terkeluar pun ada..fuhh. itu baru tunggu giliran, belum masuk lagi.. banyak2
baca doa.. tak lupa juga suruh yusuf ayat 4, nasib baik aq hafal.. bila dah
masuk, baru tau aq ditemuduga oleh 2 orang. Yang sorang tu penjaga kertas yang
aq jeling2 kat bawah tadi..hehe malu kot.. aq masuk je dia dah senyum2..haha
abis.. apa la soalan yang diaorang akan tanya nanti..huhu
Bersambung..
No comments:
Post a Comment