Salam.. terasa gatal pulak tangan ni nak menaip kisah
pertunanganku. Sukar untuk ku gambarkan perasaan ini dengan kata-kata mahupun
tulisan. Hanya secebis dapat ku coretkan.. cewah.. introduktion dah
menarik..kihkih..
Alhamdulillah, 10/11/2012.. tarikh bermakna buatku. Satu
perjanjian pertunangan dilangsungkan. Ku jemput jiran-jiran, saudara mara,
sorang dua kawan.. tak ramai. Kira2 seratus orang jemputan. Tapi, alhamdulillah
meriah sekali. Sungguh mereka pandai meraikan aku.
Kira2, 2.30pm, rombongan lelaki sampai dengan membawa 11
dulang hantaran serba merah yang cantik2 belaka. Belahku juga tak kurang
cantiknya dengan 13 dulang hantaran serba purple.
Setelah upacara berlangsung aku masih di atas dengan sudah
siap bersolek hasil tangan akak iparku dan sepupuku. Fist time betul2 bersolek.
Haha.. dah hilang rupa sebenar aku kot.. cantik..(kalah lisa surihani..hehe)
tak tahulah apa yang dibincangkan. Yang pastu setelah itu aku dipanggil turun
untuk upacara menyarungkan cincin..
Amboi, time tu macam artis la pulak.. camera lap lup lap lup
ambil gambarku.. dengan baju kurung dengan tudung dan selendang purple,
dikelilingi gadis2.. terasa macam tuan puteri sekejap..hehe. dalam hatiku
berbisik.. ‘’Ya Allah, kalau sebegini pun dah terasa indah.. pasti tak dapat
dibayangkan indahnya menjadi bidadari syurga..ya Allah, aku nak jadi bidadari
syurga.. izinkan aku ya Allah..’’ sayu rasa hati sekejap.
Seorang ibu menyarungkan cincin pada jariku.. ibu mana lagi,
bakal mertuaku la. Malunya rasa diserta dengan darah gemuruh. Sampai terlupa
pulak nak salam. Nasib baik sepupuku ingatkan.. sorry ibu mertuaku..hehe lalu
tangan itu ku kucup.
Setelah upacara itu, jamuan makan pun bermula. Semua menjamu
selera tak kurang juga yang tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar
hantaran. Aku pun turut bergambar dengan barang2 hantaran dan sepupu- sepupuku.
Cukup meriah.
Tunangku..?
barangkali baru keluar dari kereta dan menjamu selera. Sebelum ini memang tak
pernah langsung aku perkenalkan tunangku pada saudara maraku mahupun
kawan-kawan. Ini la peluang sepupu dan kawan2 mengintai tuanangku itu.. haha
pasti dia malu bila diintai ramai2 sebegitu..hehe
Dan, aku tidak merancang untuk bergambar dengan tunangku. Ku
sangka selepas dia makan dia terus sahaja pulang. Tiba-tiba ummi memanggilku
mengatakan tunangku hendak berjumpa denganku. Dengan seribu satu persoalan
bermain di fikiranku.. kenapa dia tiba2 nak jumpa aku? Apa yang hendak di
perkatakan? Sebelum ini kalau nak cakap apa2 dia mesej je, xde nak jumpa
bagai.. kenapa?.. hatiku berdebar-debar dan kecut perut rasa.. berat langkahku
untuk bertemu dengannya.
Langkahku tiba-tiba patah setelah aku lihat dia menuju masuk
ke rumah. Tapi pelik.. tak macam nak jumpa aku pun. Dia seakan terpingga-pingga
memandang saudara maraku..
Haah.. aku tahu, aku terkena.. terkena tipu...huhu
alang-alang terkena, dia pun di situ, terus aku perkenalkan pada saudara mara
dan jiran-jiranku yang itulah tunangku. Apa lagi camera datang berduyun la
untuk mengambil gambar kami. Terasa tak manis pulak untuk bergambar berdua.
Lalu ku ajak sekali mak cik ku untuk bergambar. Dan tak lupa juga bersama insan
penting dalam hidupku iaitu ummi dan ayah tercinta. Kalau dapat bergambar
dengan ibu dan ayah tunangku rasa lebih seronok, tapi apakah daya. Mereka telah
bertolak pulang.. tak sempat. Tu la.. tak rancang nak bergambar.. habis setakat disitu. Faizil pun bersalaman
dengan ummi dan ayah dan minta izin untuk pulang..
Haha.. aku mendapatkan ibuku bertanyakan soalan apakah
benar faizil nak jumpa denganku?.. rupanya Cuma helah sahaja. Ummi cakap dengan
faizil yang saudara nak kenal sebab itu faizil masuk ke rumah. Manakala aku
pulak dikatanya faizil nak jumpa..hehe saje je kan ummiku dengan
sepupu-sepupuku berpakat. Tapi.. sweet juga. Maka dengan ini terpatrilah aku sebagai tunangan orang.