Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
Sumber : Blog Aku Islam
Tuesday, April 8, 2014
Monday, April 7, 2014
ISLAM MENGALAKKAN POLIGAMI??
Islam bukan menggalakkan poligami tetapi menghadkan poligami. Seperti dalam al-quran "Kahwinilah wanita yang kamu sukai, dua, tiga atau empat orang ; tetapi jika kamu takuti tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja," (al-Quran, 4:3)
‘’dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh(hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’’.(al-Quran, 4:129)
Dalam masyarakat barat, lelaki mempunyai perempuan simpanan ini biasa. Ini kerana masyarakat mereka tidak menerima lelaki berkahwin lebih dari satu. Jadi wanita simpanan itu menjalani kehidupan yang tidak terlindung dan memalukan. Pada kami itu situasi yang sangat tidak bagus. Kerana islam menjaga hak-hak wanita, jadi suami dibenarkan berkahwin empat. jadi isteri itu mendapat penjagaan dan hak yang sama.
Statistic menunjukkan bilangan wanita lebih ramai berbanding lelaki. Andaikata anda mempunyai akak yang belum berkahwin. dan disituasi ini ramai lelaki yang telah berkahwin. Adakah awak suka akak awak jadi wanita simpanan tanpa apa-apa perlindungan atau awak izinkan akak awak berkahwin dengan lelaki itu dan mendapat hak yang sama dengan isteri yang sebelumnya?.
APA ITU ISLAM
Perkataan “Islam” adalah perkataan bahasa arab, iaitu sama maksud dengan kata akar:
1. ”Salam” yang bermaksud aman, sejahtera
2. “Aslama” bermaksud penyerahan secara total, taat, patuh
3. “Salima” bermaksud suci, ikhlas (sincere), sahih (authentic)
Demikianlah Islam dari sudut bahasa, manakala dari sudut istilah pula, Islam adalah HUBUNGAN antara pencipta dan ciptaan . HUBUNGAN yang dimaksudkan disini adalah penyerahan diri secara total, ikhlas (sincere) dan taat dengan cara yang sahih oleh Ciptaan kepada Pencipta dengan cara yang benar.
Apa sahaja yang mencakupi definisi seperti yang dijelaskan diatas, ia merupakan seorang muslim seperti apa yang telah dimaklumkan di dalam Al-Quran 22:18. “Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?”
Oleh kerana Islam perlu dipercayai dengan cara yang sahih (authentic), maka manusia (creation) diberikan panduan (guidance) dalam mengenal Pencipta (creator) kerana kemampuan akal manusia adalah terhad.
Disebabkan perkara inilah Pencipta (creator) memilih dari kalangan manusia (creation) sebagai Rasul (Messenger) bagi menyampaikan panduan (guidance) kepada manusia.
dari manusia pertama iaitu Adam dan contoh yang lain adalah Noh (Noah), Ibrahim (Abraham), Ishaq (Isaac), Musa (Moses), Isa (Jesus) dan banyak lagi yang lain disebutkan dalam Al-AQuran telah dipilih menjadi Rasul (Messenger). Sehinggalah Rasul (Messenger) yang terakhir sebagai pelengkap kepada Rasul-Rasul (Messengers) yang lain iaitu Muhammad seperti yang disebut dalam Al-Quran 33:40.
Nabi Muhammad dihantar untuk memberi panduan kepada seluruh manusia di muka bumi ini seperti yang diceritakan dalam Al-Quran 21:107. Dari sinilah orang Islam mengenal Pencipta (creator) mereka. melalui Al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad ini telah dinyatakan siapakah Pencipta (Creator)kita:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al-Quran 112:1-4)
berdasarkan apa yang telah dijelaskan diatas, untuk menjadi seorang muslim, maka seseorang itu mesti
1) Percaya Tiada Tuhan Selain Allah
2) Percaya Muhammad adalah Rasul Allah
Thursday, October 17, 2013
Ancaman Syiah
Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit apa yang saya
pelajari tentang syiah pada 17 oktober 2013 yang lalu. Saya rasa wajib untuk
saya berkongsi kerna ini melibatkan akidah. Syiah telah dipersetujui sebagai
sesat.
Kenapa kita kena bagitau orang pasal syiah ini?. Biarlah
diaorang tau sendiri, jaga diri sendiri. Kita jaga diri kita je.. ye, kita solat, puasa, bangun malam, baca
quran untuk diri kita je.. untuk pahala kita, untuk kebaikan kita. Apa
sumbangan kita pada masyarakat? Kita baik manakala orang lain yang dirosakkan
akidahnya kita biarkan? Yang sebenarnya menyelamatkan akidah orang lain itu
lebih afdal!
Syiah dari segi bahasa bermaksud pengikut atau pengiring.
Syiah ni secara ringkasnya dia menolak khalifah yang dilantik selepas
Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain. Mereka
mengiktiraf 12 imam iaitu
*12 orang yang dianggap Syiah itu sebagai imam/khalifah
adalah:
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
(beliau disisi Syiah dan juga disisi Sunni bukanlah anak Rasulullah dan bukan anak Saidatuna Fatimah tetapi merupakan suami kepada Saidatuna Fatimah)
Kemudian anak-anak keturunan beliau;
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)..
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
(beliau disisi Syiah dan juga disisi Sunni bukanlah anak Rasulullah dan bukan anak Saidatuna Fatimah tetapi merupakan suami kepada Saidatuna Fatimah)
Kemudian anak-anak keturunan beliau;
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)..
Jadi apa lagi beza agama islam dengan syiah?
Rukun islam kita ada 5. Jika tertolak salah satu, seseorang
itu diragui keislamannya..
*Syiah juga 5 rukun nya iaitiu:
1.
Solat
2.
Puasa
3.
Zakat
4.
Haji
5.
Walayah
Kenapa mereaka tegar memansohkan ucapan syahadah? Sedangkan
rukun islam pertama mengucap dua
kalimah syahadah? Apa itu walayah?
*Walayah ialah khalifah diwasiat secara nas. Senarai nama
yang sya senaraikan diatas tersebut dianggap seperti nabi. Dan mereka dianggap
maksum.
Maksum? Maksudnya takde dosa langsung? Bukan nabi sorang je
ke maksum?.. lihat penyelewengan dari akar lagi sudah kelihatan.
Syiah ada mazhab ker?
Kita orang islam mengakui ada 4 mazhab sahaja.
1.
IMAM MALIKI
2.
IMAM SYAFIE
3.
IMAM HAMBALI
4.
IMAM HANAFI
Syiah pun kata dia ada mazhab iaitu JA’AFARI.
Apalagi penyelewengan syiah?
1.
Imamah/walayah.
Seperti yang diberitahu sebelum ini. Dia
menolak kahlifah ar-rasyiddin dan mengangung-angungkan 12 nama yang disebutkan
di atas. Dan ana peringkat mereka mengangungkan Saidina Ali sebagai tuhan.
2.
Mengkhafirkan sahabat Nabi SAW.
3.
Memalsukan Al-Quran.
Mereka mengatakan kitab tersebut tak
sempurna, tak lengkap. mereka mengatakan Jibril berjumpa Fatimah RA semula dan Saidina Ali pula
menulis mushaf. Oleh kerana mushaf tu dah hilang, jadi mereka kena baca
al-quran untuk sementara sehingga mushaf tu muncul semula.
Kan celaru tu kan..
4.
Taqiah/ berpura-pura
Hidup mereka penuh kepura-puraan dan
menipu. Sebagai contoh orang syiah tak solat jumaat, tapi dia berpura-pura
pergi solat jumaat. Mereka dibiasakan menipu untuk menyembunyikan identiti
mereka. Mereka juga tak iktiraf solat terawih, mereka cakap itu bukan nabi suruh.
Itu saidina umar yang suruh..
Ish.. bahagiakan hidup dengan menipu?
5.
Nikah muta’ah
Yer, ni salah satu sebab ramai orang duk
masuk syiah. Sebab syiah ni dia mudahkan perkahwinan. Atau dalam istilahnya
nikah kontrak.
Lelaki akan berakad dengan perempuan berdua
sahaja tanpa imam tanpa saksi.
Contohnya ‘’ aku nikahi engkau selama 3 jam
dengan bayaran rm30 ringgit tunai’’.
Setelah itu si lelaki boleh bersetubuhan
dengan si perempuan. Dan boleh cerai bila-bila masa sahaja. Syiah juga
menghalalkan muta’ah dengan kanak-kanak mahupun budak yang masih menyusu.
6.
Menambah syahadah
Kita syahadah ringkas sahajakan.. ‘’aku
naik saksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH. Nabi Muhammad RASULULLAH.’’
Diaorang punya syahadah tambah lagi.. 12
nama yang saya senaraikan di atas disebut satu-persatu.. memang jenuh lah orang
yg baru masuk syiah ni.. semua nama kena sebut.
7.
Al-Rajaab( PULANG)
Mereka dikira agama yang demdam. Dendam
dengan sunni. Mereka menganggap nyawa kita halal untuk dibunuh. mereka tak rasa berdosa bunuh orang islam sesuka hati.
itu sahaja buat masa ini yang dapat saya kongsikan. terima kasih sudi membaca.
itu sahaja buat masa ini yang dapat saya kongsikan. terima kasih sudi membaca.
Wednesday, September 18, 2013
ini kisahku siri 10
Salam.. terasa gatal pulak tangan ni nak menaip kisah
pertunanganku. Sukar untuk ku gambarkan perasaan ini dengan kata-kata mahupun
tulisan. Hanya secebis dapat ku coretkan.. cewah.. introduktion dah
menarik..kihkih..
Alhamdulillah, 10/11/2012.. tarikh bermakna buatku. Satu
perjanjian pertunangan dilangsungkan. Ku jemput jiran-jiran, saudara mara,
sorang dua kawan.. tak ramai. Kira2 seratus orang jemputan. Tapi, alhamdulillah
meriah sekali. Sungguh mereka pandai meraikan aku.
Kira2, 2.30pm, rombongan lelaki sampai dengan membawa 11
dulang hantaran serba merah yang cantik2 belaka. Belahku juga tak kurang
cantiknya dengan 13 dulang hantaran serba purple.
Setelah upacara berlangsung aku masih di atas dengan sudah
siap bersolek hasil tangan akak iparku dan sepupuku. Fist time betul2 bersolek.
Haha.. dah hilang rupa sebenar aku kot.. cantik..(kalah lisa surihani..hehe)
tak tahulah apa yang dibincangkan. Yang pastu setelah itu aku dipanggil turun
untuk upacara menyarungkan cincin..
Amboi, time tu macam artis la pulak.. camera lap lup lap lup
ambil gambarku.. dengan baju kurung dengan tudung dan selendang purple,
dikelilingi gadis2.. terasa macam tuan puteri sekejap..hehe. dalam hatiku
berbisik.. ‘’Ya Allah, kalau sebegini pun dah terasa indah.. pasti tak dapat
dibayangkan indahnya menjadi bidadari syurga..ya Allah, aku nak jadi bidadari
syurga.. izinkan aku ya Allah..’’ sayu rasa hati sekejap.
Seorang ibu menyarungkan cincin pada jariku.. ibu mana lagi,
bakal mertuaku la. Malunya rasa diserta dengan darah gemuruh. Sampai terlupa
pulak nak salam. Nasib baik sepupuku ingatkan.. sorry ibu mertuaku..hehe lalu
tangan itu ku kucup.
Setelah upacara itu, jamuan makan pun bermula. Semua menjamu
selera tak kurang juga yang tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar
hantaran. Aku pun turut bergambar dengan barang2 hantaran dan sepupu- sepupuku.
Cukup meriah.
Tunangku..?
barangkali baru keluar dari kereta dan menjamu selera. Sebelum ini memang tak
pernah langsung aku perkenalkan tunangku pada saudara maraku mahupun
kawan-kawan. Ini la peluang sepupu dan kawan2 mengintai tuanangku itu.. haha
pasti dia malu bila diintai ramai2 sebegitu..hehe
Dan, aku tidak merancang untuk bergambar dengan tunangku. Ku
sangka selepas dia makan dia terus sahaja pulang. Tiba-tiba ummi memanggilku
mengatakan tunangku hendak berjumpa denganku. Dengan seribu satu persoalan
bermain di fikiranku.. kenapa dia tiba2 nak jumpa aku? Apa yang hendak di
perkatakan? Sebelum ini kalau nak cakap apa2 dia mesej je, xde nak jumpa
bagai.. kenapa?.. hatiku berdebar-debar dan kecut perut rasa.. berat langkahku
untuk bertemu dengannya.
Langkahku tiba-tiba patah setelah aku lihat dia menuju masuk
ke rumah. Tapi pelik.. tak macam nak jumpa aku pun. Dia seakan terpingga-pingga
memandang saudara maraku..
Haah.. aku tahu, aku terkena.. terkena tipu...huhu
alang-alang terkena, dia pun di situ, terus aku perkenalkan pada saudara mara
dan jiran-jiranku yang itulah tunangku. Apa lagi camera datang berduyun la
untuk mengambil gambar kami. Terasa tak manis pulak untuk bergambar berdua.
Lalu ku ajak sekali mak cik ku untuk bergambar. Dan tak lupa juga bersama insan
penting dalam hidupku iaitu ummi dan ayah tercinta. Kalau dapat bergambar
dengan ibu dan ayah tunangku rasa lebih seronok, tapi apakah daya. Mereka telah
bertolak pulang.. tak sempat. Tu la.. tak rancang nak bergambar.. habis setakat disitu. Faizil pun bersalaman
dengan ummi dan ayah dan minta izin untuk pulang..
Haha.. aku mendapatkan ibuku bertanyakan soalan apakah
benar faizil nak jumpa denganku?.. rupanya Cuma helah sahaja. Ummi cakap dengan
faizil yang saudara nak kenal sebab itu faizil masuk ke rumah. Manakala aku
pulak dikatanya faizil nak jumpa..hehe saje je kan ummiku dengan
sepupu-sepupuku berpakat. Tapi.. sweet juga. Maka dengan ini terpatrilah aku sebagai tunangan orang.
Sunday, September 8, 2013
kisah temuduga bhgn 2
Ok, sebelum diaorang kata duduk, aq berdiri je. Sehingga
diaorang jemput duduk baru aq duduk. Fail2 yang lengkap juga telah aq serahkan
untuk dinilai seperti keputusan SPM, sijil2 kokurikulum, dan butiran lain.
Soalan pertama, sama seperti yang ku andaikan..
Penemuduga 1: sila berkenalkan diri dan latar belakang
keluarga..
Aku: bla..bla.. bla.. (cerita je selagi diaorang tak cakap
stop..huhu)
Penemuduga 2: jawatan apa yang awak pilih. Dan ceritakan
serba sedikit tentang jawatan tu..
Aku: bla.. bla.. bla.. (lama jugak kot, sampai dalam hati
kata adoi, bila la dia nak cakap stop. Aq dah habis cakap pun dia masih cakap
lagi.. lagi...) tips di sini.. kena banyak knowledge tentang jawatan di pohon.
Penemuduga 1: kenapa awak pilih jawatan makmal, farmasi,
pergigian.. ini semua office hour.. kenapa makmal number 1..?.. (kenapa..
kenapa..dan banyak lagi kenapa)
Tips aq disini, kena bijak jawab soalan diaorg. Dan yang
paling utama korang kena jawab ‘’minta’’. Kalau tak tau macam mana nak jawab
soalan diaorang, jawab minat banyak2 kali pun takpe.. sampai pemeriksa ke2 yang
hensem tu tersenyum2 tengok aku, kerana asyik jawab minat jer..haha lantaklah..
Penemuduga 1: mesti sebelum ni u ada baca-baca buku tentang
makmal ni sebelum datang temuduga kan. Namakan dua jenis bakteria..?
Aduh!.. aq dah lama tak buka buku sains, asyik sebuk dengan
exam mekanikal aq jer.. takkan nak menipu. Lebih baik jujur dari buat2 pandai..
aku geleng kepala cakap tak tau..
Penemuduga 1: satu pun takpe, cuba je sebut?
Aq jawab je ameba.. pemeriksa jawab salah. Adoi.. satu point
hilang di situ.
Pemeriksa 2: ok, pakaian makmal macam mana? Lengan panjang
atau pendek? Kenapa warna putih? Untuk apa?
Aku: warna putih, lengan panjang, untuk protection, lab
kod.. (jawapan aq dibantu juga serba sedikit oleh penemuduga yang hensem ni.
Nampaknya, dia banyak membantu.. syukur, tak la jem sangant otak aku ni.)
Penemuduga 2: berapa jenis kumpulan darah? Sila nyatakan
jenis kumpulan darah? Kumpulan darah apakah yang dia boleh terima darah dari
kump darah lain tetapi tak boleh derma dan kumpulan darah apakah yang dia boleh
derma tetapi dia tak boleh terima dari kump darah lain? Kalau kumpulan darah O,
boleh terima kumpulan darah O tak? Awak pasti dengan jawapan awak?
Hatiku menjerit2 gembira bila dia tanya pasal bloog
group..fuhh. memang tajuk nie aku paling suka dalam subjek biologi dulu. Ko
tanya la macam mana pun.. insyallah aku boleh jawab. Hatiku bermonolog.
Alhamdulillah, aq jawab dengan confident walaupun beberapa kali penemuduga nak
kelirukan..
Aku: 4 jenis kump darah.. A,B,AB, dan O. Darah AB boleh terima darah dari kump lain
lain tetapi tak boleh derma darah pada kump lain. Darah O tak boleh terima
darah dari kump lain tetapi boleh derma pada semua jenis kumpulan darah. O
boleh derma kepada O. Angguk tanda yakin.
Penemuduga 2: betul. Senang nak ingat AB ni kedekut. Dan O
ni pemurah. Awak jenis kumpulan darah apa?
Aduh.. aku pun tak tahu aku kump darah apa. Tak pernah ambil
tahu pulak. Hentam je la..
Aku: AB..
Penemuduga 1: owh.. jadi awak kedekut la..hahaha
Semua orang ketawa. Aq termalu pulak.. senyum je la..hehe
sempat diaorg ni kenakan aku.. (aku kump darah B sebenarnya)
Sampai disitu je temuduga aku. Sebelum keluar aq ucapkan
terima kasih sambil tersenyum sampai ke telinga sebab lega dah habis temuduga.
Sempat juga penemuduga 1 pesan kat aq.
Penemuduga 1: ok, terima kasih. Lepas ni awak belajar la
pasal bakteria tu ye..
Dalam hati tertanya-tanya, eh kenapa dia cakap macam gitu.?
adakah aku diterima?..
Lepas sebulan aq dapat surat diterima.. alhamdulillah..
walaupun aku kumpulan terakhir ditemuduga, syukur aq diterima. Ini semua berkat
doa ummi dan ayah barangkali. Diaorang tak putus2 berdoa untuk ku.. syukur..
aku sayang ummi.. aku sayang ayah.. peneman hidupku kala susah dan senang..
anugerah yang tak ternilai.
Subscribe to:
Posts (Atom)



