Permata Bahagia


marhaban2u.com

Thursday, June 11, 2009


Rama-Rama dan Wanita
Dr. HM Tuah
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Friday, June 5, 2009

Adakah yang akan mendoakan kita?

Adakah Yang Akan Mendoakan Kita?

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah. Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat. Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Kuasa Doa
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain. Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan,
''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. " ..
www.iLuvislam.com

Antara Doktor dan Mat Rempit

Antara Doktor dan Mat Rempit
Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit. Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doktor yang kita kenali sebagai `on call`. Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan.

Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.
"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`.

Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.
Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.
Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain. "Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangat mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi.

Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.
Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai. Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..
www.iLuvislam.com

Pengenalan kerjaya JTMP/ MLT



PENGENALAN KERJAYA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

Teknologi Makmal Perubatan (TMP) adalah satu bidang kerjaya di mana sains dan amalan penyelidikan makmal digunakan untuk membantu dalam disgnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya. Kerjaya sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Sesuatu penyakit yang memerukan penyiasatan mendalam, spesimen akan diambil daripada pesakit samada dalam bentuk darah, air kencing, najis, kahak atau tisu dan dihantar ke makmal untuk dianalisa oleh JTMP. Keputusan daripada penganalisaan itu dapat membantu para doktor dalam membuat diagnosis dan seterusnya memberi rawatan selanjutnya. RINGKASAN TUGAS JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) ini adalah sangat luas, dimana ianya diamalkan di hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai jabatan perubatan dan kesihatan seperti berikut :- · Jabatan Patologi. · Jabatan Imunohematoogi.(Perkhidmatan Penabungan dan Pemindahan Darah). · Institusi Penyelidikan. · Universiti-universiti. · Institutsi-institusi Perubatan/Kesihatan Kerajaan dan Swasta. · Makmal-makmal Patologi Swasta. Perkhidmatan Perubatan JTMP memberikan khidmata bantuan penting bagi penjagaan pesakit di hospital. Tugas hakikinya adalah melakukan analisis-analisis makmal serta menghasilkan keputusan-keputusan yang tepat yang boleh menbantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit dan membuat rawatan lanjut.

Bidang-bidang yang dipratikkan dalam Teknologi Makmal Perubatan adalah :- Patologi Kimia. Pemakanan. Radiokimia. Mikrobiologi Perubatan. Virologi. Parasitologi Perubatan. Imunologi. Patologi Anatomi. Sitologi. Hematologi. Imunohematologi. Bioteknologi.

Sunday, May 31, 2009

kisah katak...

Citut!

Tuan-tuan dan puan-puan katak, Hari ini kita bakal menyaksikan satu-satunya pertandingan yang julung julung kali diadakan, iaitu pertandingan berenang merentasi tasik titiwangsa. Hadiah kali ini cukup istimewa. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan gelaran Putera Katak dan 100,000 ekor lalat!
Semua katak-katak yang mengambil bahagian, sila ambil tempat masing masing". Katak-katak yang hadir mengambil tempat masing. ada yang berteduh dibawah daun keladi, ada pula yang menyalut tubuhnya dengan lumpur. Masing-masing bergitu teruja dengan pertandingan yang gilang gemilang yang akan sedang berlangsung ini.

"Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan katak sekelian, pertandingan kali ini agak berlainan sedikit kerana kita menerima penyertaan dari seekor katak KKU (Katak Kurang Upaya) yang bernama Citut. Katak ini pekak telinganya dan juga bisu.. dan hanya mempunyai 2 kaki belakang sahaja! tetapi bersemangat waja untuk menyeberangi tasik titiwangsa!" "Ong... Ong.. Ong.." sorakkan dari para hadirin tanda memberi sokongan.Tak kurang jugak yang mengutuk "Booo... Booo... , dah tau tak boleh nak gagah jugak.. nak cari publisiti lah tu.." Kegarisan... Sedia... Mula.. POnnnnn!!! siren dibunyikan tanda bermulanya pertandingan merentasi Tasik Titiwangsa bagi peringkat Katak-Katak seMalaysia.

Penuntut bersorak sorai memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan karib, rakan setempurung dan sebagainya. Ketika perlawanan berlangsung.. semua peserta kelihatan berenang dengan pantas.. namun begitu kelihatan seekor katak berenang terhoyong-hayang. Ramai yang ketawakannya. "Kau tengok Citut tuh, dah tau tak boleh.. nak gagah jugak.. hisshh.." "aa'ah.. terkedek-kedek macam katak!"eh bukan die memang katak ker? "owh lupe.. die kate.. eh kita pon katak jugak kan?" "a'aah la.. lupe lah.. hisshh." "hahahaha.. dah-dah.. ngarut jerk kau nih.. meh kita nyakat si Citut tuh!" Weih... citutu sudah lah.. kau tu takkan berjaya sampai ke seberang Tasik tuh.. kaki kau dah la cacat... telinge pulak pekak... bisu pulak tue! takkan berjaya nyer... A'aah.. sudah la jangan buang mase.. baik ko pergi minta sedekah lagi baik!Hahahah...

Setelah 3 Jam pertandingan...
kesemua katak-katak kepenatan.. seekor demi seekor menarik diri dari pertandingan tersebut kerana termakan hasutan penonton yang hadir.. "dah la.. korang takkan sampai punye.. ingat dekat ker..? jauh siuuuttt.. dah la.." "katak juara Olympic pon tak lepas seberang tasik ni.. ni pulak hampa.." Tak kurang juga peserta yang berhenti dan bertikam lidah dengan penonton yang cuba menghasut. "Korang ni tak de kerje lain ker? bukan nak bagi semangat dekat kami.. dah tu.. siap kutuk lagi.." ada diantara mereka yang terlibat dengan pergaduhan. ada yang dibunuh.. mati katak. Namu begitu.. si Citut yang pada mula di belakang terus berenang dengan semangat.. cercaan dan hinaan penonton di tebing, disangkakannya adalah sorakkan untuknya. Semakin kuat cercaan, semakin kuat dia mendayung.. "Ah.. tak sangka begitu ramai yang memberi sokongan kepadaku.. Ish.. aku tak leh hampakan mereka!" Suara hatinya membisikkan kata semangat. "Ya, Allah, bagilah aku kekuatan untuk sampai ke penghujungnya. Aku nak balasi sokongan mereka dengan kejayaanku Ya Allah" Rayu si Citut kepada Allah mohon agar di beri kejayaan. Seekor demi seekor, si Citut dapat tewaskan dan akhirnya, si Citut berjaya tiba ke Hujung Tasik Titiwangsa tersebut. Sekaligus memenangi hadiah pertandingan persebut. Ha.. begitu jugak dengan kita, walau apa pun kita lakukan.. walaupun kita serba kekurangan.. ade banyak kelemahan dan kekangan.. kita tetap kene lakukan dengan bersemangat! anggap kritikan, hinaan, cercaaan daripada "suara-suara ghaib" itu sebagai pendorong dan motivasi untuk kita capai apa yang kita sasarkan. Bisukan mulut kita daripada menjawab kritikan-kritikan atau hinaan-hinaan, cercaan-cercaan kerana kita hanya melambatkan kejayaan kita untuk mencapai matlamat tersebut dengan melayani karena "suara-suara ghaib" tersebut. dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah agar dimudahkan segala urusan kita, memudahkan kita mencapai matlamat yang telah kita sasarkan itu.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِي
"Dan Tuhanmu berfirman: ""Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Al Ghafir:60)


Al Fatihah

Assalamualaikum. Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepa tutnya KA NAS


6) I
ya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepadamataHarilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI........ ..... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betuliaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan deng
an Amin malaikat Insya-Allah.
semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian ;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapatrahmatNya,Insya-Allah.

Suatu Kisah..


Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju kebaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu.Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid ‘bukan kah masanya telah tiba untuk solat?’ tapi perdebatan itu telah tamat. Tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka ia mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan.Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu ‘adakahini khayalanku saja?’ melambaiku lagi.Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. ‘Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya?’ Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. ‘Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.’ Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah diantara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam."Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudianmemahaminya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya." Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana. Ehm... apakah moralnya yg kita bolehdapat dari kisah nie??