Permata Bahagia


marhaban2u.com

Saturday, October 15, 2011

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seorang...
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.

Friday, July 1, 2011

Andaiku Pergi- Mirwana

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

http://www.youtube.com/watch?v=j0mXBM0URk8&feature=related

Sunday, June 5, 2011

secebis ranjau kehidupan

Angin tiup sepoi sepoi bahasa, menyapu daun-daun kering yang bertaburan. Disertakan dengan kicauan burung menyanyi riang. Sungguh menyegarkan dan melapangkan segala kekusutan fikiran. Tiba-tiba terasa diri dipandang dan lekas humairah menumpukan padangan pada mata yang memandangnya. Seorang lelaki tampan yang merenungnya mengalihkan pandangan ke tempat lain. ‘’ ehem..ehem.. aku perasan gak dia pandang kau tu umai..hehe’’ usik afiqah.

‘’hai, untung kau umai, uwais suka kat kau. Dah la alim, bijak, kacak pulak tu, huh.. susah nak cari lelaki macam tu umai. Dalam 100 orang satu pun susah nak cari. Kenapa ye umai kau susah sangat nak terima uwais tu? Ke kau ni tak suke lelaki..hehehe’’ sambung mira.

‘’ish ko ni.. ada ke pulak ke situ. Entah la, aku susah nak percaya lelaki hensem ni sekarang. Bukan boleh percaya sangat. Kau fikir logik la, uwais tu ramai budak-budak sekolah ni tergila-gilakan dia. Kawan kita tu pun siap tulis surat-surat cinta setiap minggu lagi kat dia. Tak boleh percaya la’’ balas humairah.

‘’ish, umai ni. Tak baik buruk sangka tau. Aku dengar uwais tak pernah balas pun surat-surat tu. Dia syok sendiri je. Tapi aku pelik la, kenapa dia suka kat kau bukan kat aku. Aku lebih cantik sikit..hehe. aku gurau je. Jangan ambil hati ye umai ku sayang’’ usik mira.

‘’ hahaha.. aku tau. Aku pun pelik juga apa yang dia pandang sangat dengan aku ni? Ramai lagi gadis cantik kenapa dia pilih aku. Dah la.. lelaki hensem ni sama je. Dah malas la aku nak piker. Buang masa je.’’ kata humairah lalu bangun meninggalkan Amira.

‘’Eh berapa kali aku nak cakap, uwais tak sama la.. dia pandang hati budi kau tau umai.. eh tunggu la kejap, jangan tinggal aku’’ kata Amira sambil berlari-lari anak mengejar humairah yang berlalu begitu sahaja.

Terasa kemali semula kekuatan dan kekuatan usai mandi. Humairah duduk di tepi katil sambil mengelap rambutnya yang basah. Perbualan dia dengan Amira tadi masih teringaing-giang di fikiran. Memori silam menerjah ke kotak fikirannya.

‘’hai umai, buat apa tu. Angkat barang sorang-sorang je. Nak saya tolong’’ kata Amar.

‘’jangan Amar biar aku saja yang tolong. Ni saya bukakkan pintu. Rajin sungguh umai tolong cikgu. Boleh buat bini ni..hehe’’ usik Kamal.

‘’ e’eh.. melebih pulak kau ni mal. Langkah mayat aku dulu’’ kata Amar.

Humairah berlalu pergi tanpa menghiraukan mereka. Humairah memang tidak gemar melayan usikan-usikan lelaki. Dan dia seakan hairan kenapa dalam seminggu ini usikan lelaki makin menjadi-jadi khususnya pada geng Amar yang dianggap sebagai geng budak hensem oleh pelajar-pelajar sekolah. Pada humairah, hensem tiada gunanya kalau selalu melanggar disiplin sekolah. Sedang humairah duduk di kerusi tempatnya, datang mimi mendapatkannya.

‘’umai..aku ada hal nak bagitau kau ni..’’ kata mimi

‘’ relak mimi, kenapa tergopoh-gopoh sangat ni.. bertenag. Tarik nafas’’ balas Humairah.

‘’ aku..aku dah dapat jawapan pasal apa geng Kamal selalu kacau ko kebelakangan ni. Tadi bob bagi tau aku. Budak-budak dia saja nak ngorat kau. Kalau salah seorang daripada mereka dapat jadikan kau girlfriend dia diaorang dikira menang.’’ Kata mimi.

‘’ hah ye ker. Aku jadi bahan mainan diaorang? Tapi kenapa aku? Kenapa bob bagi tau kau semua ni? Kan bob salah seorang dari mereka..’’ humairah keliru.

‘’kau tak tau ke, selama ni kan bob memang betul-betul suka kau. Dia ikhlas dengan kau, dia taknak kau terkena. Budak-budak ni pilih kau sebab kau paling susah nak terpikat dengan lelaki. Kau tak layan diaorang’’kata mimi.

‘’ ah.. aku benci semua ini.. aku benci diaorang’’ Humairah menangis.

Sejak kejadian itu dia semakin sukar mempercayai lelaki lebih-lebih lagi yang berwajah tampan. Padanya lelaki berwajah tampan memang suka mempermainkan perasaan orang.

Alunan zikir di surau berkemundang menandakan akan masuk waktu magrib. Penghuni asrama sekolah menengah teknik pontian kala itu mempersiapkan diri untuk bersembahyang secara berjemaah yang menjadi rutin harian mereka. Humairah mengenakan telekung putih bersih bersulamkan benang merah jamu. Sudah kebiasaan humairah datang awal ke surau mendahului rakan-rakannya yang lain untuk mengaji Al-quran dan berzikir. kebiasaannya Humairah yang paling awal sampai dan membuka semua lampu dan kipas di surau. Tapi hari ini tidak seperti biasa, lampu dan kipas telah terpasang. Di surau terdapat seorang remaja perempuan telah mendahuluinya.

Humairah menghulurkan salam. Dan salamnya dibalas, tetapi di mata remaja itu terdapat linangan air mata yang terurai. Remaja itu adalah juniornya yang baru kematian ibunya minggu lalu Raudhah namanya. Airmatanya cepat-cepat dikesat dan ditangannya sebuku al-quran dipeluk erat. Hurairah dapat memahami kesedihan gadis itu. Humairah tidak dapat menahan sebaknya dan memeluk dan memujuk Raudhah.

‘’ sabar ye dek, akak faham perasaan adik. Allah lebih sayangkan mak adik. Akak doakan adik kuat menghadapinya.’’ Kata Humairah.

Raudhah hanya diam dalam dakapan humairah.

Azan maghrib berkumandang. Semakin ramai jemaah memenuhi surau. Ahli jawatan kuasa surau mengambil tugas mencatat kehadiran pelajar dan mencatit nama yang hadir lewat ke surau. Pelajar diwajibkan hadir dan tidak dibenarkan solat di bilik. Tindakan akan dikenakan bagi yang ingkar. Alhamdulillah, tiada bantahan dan bebanan bagi menjalankan peraturan tersebut. Usai solat, bacaan al mathurat beramai-ramai dijalankan. Raudhah duduk disisi Humairah. Bacaan al mathurat dialunkan beramai-ramai. Dalam Humairah khusyuk membaca, di sempat sesekali meneliti bacaan rakan di sebelahnya . Raudhah baca tersangkut-sangkut, barangkali hanya mengikut-ikut bacaan sahaja tanpa membaca dengan baik. Humairah ingin membantu membetulkan bacaan Raudhah tapi masa tidak sesuai dan tidak mengizinkan. Humairah berharap ada peluang lagi baginya di masa akan datang bagi membetulkan bacaan Raudhah.

……………………………………………………………………………………………………………………………………..

Rutin harian persekolahan berjalan seperti biasa. Humairah sebagai pengawas mengawal pagar sekolah dan memantau disiplin para pelajar terutama dari aspek pakaian. Pelajar yang lewat hadir ke sekolah juga dicatatkan namanya. Hari ini, Humairah bertugas bersama 2 orang rakan perempuan. Uwais selaku ketua pengawas di sekolah itu memantau tugas para pengawas. Kelibat humairah di situ memuatkan dia tersenyum sendiri tanpa dia sedari. Ketika humairah tersedar kehadirannya di cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia malu jika Humairah dapat membaca perasaannya. Hakikatnya ramai rakan-rakan lain tahu perasaannya terhadap Humairah.

Seorang remaja perempuan masuk melalui pintu masuk sekolah. Pakaiannya mematuhi peraturan, Cuma sahaja bajunya yang jarang dan boleh menampakan warna kulit dan tudung yang singkat. Zilla, nama panggilannya di sekolah. Dia pelajar baru sekolah itu. Humairah menghampirinya.

‘’ dik, adik bagus, pemakaian tidak melanggar disiplin. Bertudung, ada name tap, berstokin tapi akak nak tegur sikit la. Baju adik ni jarang, ditambahkan pula adik pakai tudung yang singkat. Kurang elok dik. Tak menutup secara sempurna. Akan datang pakai yang lain ye.’’ Nasihat Humairah.

Zilla tidak puas hati dengan nasihat itu. Dia merasakan dirinya dihina. Dia meninggikan suara

‘’ ah.. dulik apa aku. Aku tak langgar peraturan pun kan. Yang kau sibuk- sibuk cari salah aku kenapa. Ada menyusahkan kau ke!’’ tengking Zilla. Humairah yang tidak pernah mendapat tengkingan sebegitu tersentak dan pilu hatinya. Uwais menghampiri dan memberi amaran kepada zilla.

‘’ Saya ketua pengawas, saya dapati kamu melawan pengawas. Jangan sampai saya ambil tindakan pada kamu Zilla. Kamu dah banyak kesalahan walaupun baru di sekolah ini. Jangan sampai saya mengadu masalah ini pada guru disiplin pula.’’ Amaran Uwais pada Zilla. Zilla terus sahaja beredar dari situ tanpa mempedulikan mereka. Hati kecil Humairah berdoa agar Zilla diberikan petunjuk dari Allah atas perbuatan dan kesilapannya.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Seperti biasa, petang itu Humairah datang awal ke surau. Seperti semalam, Raudhah telah mendahuluinya. Kali ini kedengar suara rintih tangisan seperti anak kecil kedengaran dari tempat Raudhah. Kedengaran ada suatu luahan dan rintihan doa ditujukan kepada Tuhan Pencipta sekalian alam. Sayu hati Humairah mendengar rintihan penuh ikhlas itu. Terlonjak di hati Humairah untuk mengetahui apa yang dirintihkan. Humairah menghampiri sedikit demi sedikit untuk mendegar kata-kata Raudhah dengan lebih jelas.

‘’Maafkan aku Raudhah kerana mencuri-curi dengar rintihanmu’’ bisik hati Humairah.

‘’Ya Allah, aku tak pandai baca quran ya Allah, rakan-rakanku semua pandai baca quran. Ya Allah, bantulah aku untuk pandai baca quran. Aku cemburu dengan kawan-kawanku yang pandai baca quran. Aku ingin seperti mereka ya Allah. Kalau aku pandai baca quran, aku akan baca hari-hari. Aku nak pahala bacaan quran aku sampai pada arwah mak. Tolong aku ya Allah, aku nak beri pahala pada mak aku. Aku tahu banyak fadilatnya baca quran. Kalau aku rajin baca quran, mak ayah ku akan diberikan mahkota emas di akhirat. Ya Allah bantulah aku. Aku nak pandai baca quran tapi tak tahu macam mana. Bantulah aku Tuhan. Hanya Engkau yang mengetahui hati ini. Bantu aku ya Allah..’’luahan hati Raudhah penuh kesayuan.

Tanpa disedari Humairah turut mengalirkan air mata. Humairah undur kebelakang semula. Air matanya dikesat. Dia berazam untuk membantu Raudhah. Humairah memberi salam seakan baru sampai. Dia terus mengapai Al-quran dan duduk di sebelah Raudhah. Raudhah senyum tawar sahaja.

‘’ Raudhah, jom kita sama-sama tadabur Al-quran’’ kata Humairah.

Raudhah senyap seribu bahasa. Dia menundukkan kepalanya. Air mata menitis setitis demi setitis dari mata remaja itu.

‘’Akak, Raudhah malu kak. Raudhah malu dengan Allah, dengan diri Raudhah sendiri. Dengan kawan-kawan. Raudhah tak reti baca Al-quran. Raudhah nak jadi macam akak. Raudhah nak pandai baca quran.’’ Rintih raudhah.

Sekali lagi Humairah memeluk raudhah.

‘’ Jangan sedih dik, akak boleh bantu. Setiap petang kita baca quran ye, akak ajarkan ye.’’kata Humairah.

Wajah Raudhah terus beruah menjadi riang. Senyuman penuh cahaya terserlah diwajahnya. Dia mengangguk dan mengucapkan syukur pada Allah. Seakan sinar baru dalam hidupnya. Maka bermulalah rutin Raudhah dan Humairah bertadaur bersama setiap petang.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Pagi itu, sementara menanti cikgu masuk ke kelas, Humairah mengisi masa dengan mengulang kaji pelajaran yang lepas. Sedang Hurairah membelek-belek buku yang dibacanya, datang Azmi ke mejanya. Azmi pelajar paling nakal dikelasnya menyatakan sesuatu padanya.

‘’umai, pasni takde harapan la kau nak bersama Uwais. Uwais dah suka orang lain dah. Nak tau sapa?, si Ella cun tu. tu la kau, dah tahu Uwais suka kau, kau buat tak tau je..haha. Takpe jangan risau, aku ada ok’’ kata Azmi.

‘’Ah, biarlah dia, aku tak ambil kesah pun. Takde kena mengena dengan aku, dah jangan ganggu aku,’’ balas Humairah.

‘’amboi, garang betul makcik ni,’’ jeling Azmi.

Kata-kata Azmi sedikit sebanyak menganggu fikirannya. Azmi memang nakal tetapi dia jarang berbohong. Mungkin benar kata-kata Azmi fikirnya.

‘huh.. dasar lelaki hensem tak boleh dipercaya. Memang sengaja nak mainkan perasaan orang. Siap la kau nanti Uwais.’ getus hatinya.

Walaupun kata Azmi itu tidak menganggu fokusnya pada pelajaran. Dia sambung mengulangkaji pelajarannya. Humairah amat meminati subjek matematik dan sering mendapat markah tertinggi dalam matematik tambahan dan matematik moden dalam kelasnya. Jika hampir tiba waktu peperiksaan, rakan-rakannya akan memintanya untuk mengajar di kelas bagi memudahkan ulangkaji mereka. Itu tidak menyulitkan Humairah kerana padanya ilmu harus dikongsi untuk lebih berkat dan membantu untuk lebih mengingat.

Sesi pembelajaran berhenti seketika jam 10 a.m. pengawas dibenarkan keluar awal 10 minit sebelum murid lain bagi membolehkan mereka berehat sebelum menjalankan tugas mengawal pelajar pada waktu rehat. Humairah akan mengisi masa yang singkat itu dengan melakukan solat sunat dhuha di surau. Ia telah menjadi rutin hariannya. Padanya solat sunat dhuha penuh manfaat dan keberkatan. Tanpa disedari ada sepasang mata memerhatikan tindak tanduknya tika itu. Seorang makcik menantinya hingga usai solat dan berdoa. Sedang Humairah melipat telekung dan mempersiapkan diri untuk bertugas, makcik itu bertanyakan sesuatu padanya.

‘’ nak, boleh bagitahu mak cik, anak solat apa tadi? Setahu makcik tak ada solat selepas subuh? Anak solat sunut apa pukul sepuluh ni?,’’ tanya makcik.

‘’ saya solat sunat dhuha, mak cik. Solat ni memang di lakukan pada selepas subuh sehingga setengah jam sebelum masuk waktu zohor.’’ balasnya ringkas.

‘’ ye ker, maaflah mak cik tak tahu. Apa kelebihan solat dhuha ni nak, dan macam mana nak lakukan.,’’tanya makcik.

‘’ Solat dhuha ni mak cik, amat digalakkan bagi umat Islam mengerjakannya. Waktunya sekira-kira setengah jam selepas terbitnya matahari, dan akhir waktunya ialah lebih kurang setengah jam sebelum waktu zohor. Imam Muslim meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda :

“Adalah (diperlukan) pada tiap-tiap sendi daripada kamu itu sedekah (ada riwayat menyebut bahawa bilangannya adalah 360). Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah, dan tiap-tiap takbir adalah sedekah, dan menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, dan mencegah kepada kemungkaran adalah sedekah, dan mencukupi semua ini dengan melakukan dua rakaat Solat Dhuha!
Difahamkan drpd hadis ini bahawa Rasulullah menggalakkan kpd umatnya utk bersedekah tiap-tiap hari sebanyak 360 sedekah, sbg tanda kesyukuran kita kpd Allah krn nikmat sendi-sendi ini yg sebanyak 360 sendi. Daripada hadis lain menerangkan bahawa sesiapa yang ke masjid untuk menunaikan Solat Dhuha, maka pahalanya seperti pahala Satu Umrah! Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, Abu Daud dan Tabrani.’’ Terang Humairah.

‘’ subhanallah, besar pahalanya. Waktu-waktu macam ini memang ada masa untuk makcik solat dhuha ni. Boleh anak terangkan macam mana nak lakukan?;’’ sambung mak cik.

‘’ boleh.., solat dhuha ini dikerjakan 2 rakaat satu salam macam solat sunat biasa. lebih baik lagi 4 rakaat atau lebih hingga 12 rakaat. Niatnya “aku berniat mengerjakan Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.
Lepas fatihah, rakaat pertama baca Ad-Dhuha atau As-Syams. Kalau tak hafal boleh la baca surah Al-Kafirun. Lepas fatihah, rakaat kedua baca Ad-Dhuha atau Al-Ikhlas.Doa selepas solat dhuha.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu”

“Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu Dhuha, serta keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh” terang Humairah.

‘’ owh, mudah sahaja rupanya. Terima kasih nak. Mak cik suka sangat dapat tahu ni,’’kata makcik.

‘’ sama-sama makcik, saya pergi dulu mak cik. Selamat mengamalkannya. Assalamualaikum.’’ balas Humairah ringkas.

‘’ wa’alaikumussalam’’balas makcik.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hari minggu merupakan hari yang paling merehatkan bagi pelajar setelah seminggu disebukkan dengan aktiviti persekolahan. Setelah selesai bergotong-royong dan mengemas bilik untuk pertandingan bilik tercantik, kami berbual-bual kosong sesama ahli bilik.

‘’umai, ko ingat tak, esok hari jadi Uwais. Ko taknak bagi apa-apa ke?,’’ tanya Hani rakan bilik humairah. ‘’ buat apa, tak ada kaitan lah dengan aku’’ alas Humairah.

‘’ ye lah, umai dengan Uwais dah semakin jauh sejak kehadiran Ella kan..hehe,’’ kata zaty.

‘’ eh, mana ad, aku tak rasa apa-apa pun. Tapi aku rasa aku ada idea nak bagi hadiah apa pada Uwais,’’ kata humairah.

Humairah merancang untuk mengenakan Uwais pada hari jadinya. Rakan-rakan Humairah bersetuju dengan cadangannya. Mereka mengumpulkan beberapa ketul batu, sepit baju, kertas yang dikoyakan kepada ceisan kecil, plastik gula-gula dan sedikit gula-gula dan biskut. Mereka masukan bahan-bahan itu dalam satu kotak dan balut dengan sampul hadiah.

‘’umai, kau ni macam nak balas dendam je, tak sampai hati pulak aku nak buat, Uwais tu baik dan tentu dia sedih terima hadiah macam gini’’ kata Mira.

‘’ tak tau lagi hati budi orang, nampak je baik dalam hati tak tahu lagi. lelaki hensem memang tak boleh percaya’’ jawab Humairah.

Perasaan ingin membalas dendam timbul dalam hatinya.

Keesokan harinya,tibalah hari yang dinanti-nanti. Kelas tambahan berlangsung pada waktu malam. Dalam kelas tambahan Humairah berada satu kelas dengan Uwais. Humairah memberikan hadiah tersebut kepada Ramli untuk disampaikan kepada Uwais. Uwais meletakkan hadiah tersebut di tepi mejanya. Guru yang mengejar terlihat hadiah tersebut dan mengetahui hari itu hari jadi uwais. Cikgu pun mengarahkan seluruh kelas untuk menyanyikan lagu happy birthday untuknya. Uwais sangat gembira dan tertunduk malu. Terserlah wajah kemerah-merahan pada mukanya.

Setelah tamat sesi pembelajaran, Uwais sempat bertemu Humairah. Uwais mengucapkan terima kasih sambil tersenyum gembira. Itulah pertama kali Uwais berbicara dengan Humairah walaupun dia telah lama memendam rasa. Hati Humairah sayu dan rasa bersalah timbul dalam hatinya. Ingin sahaja dia meminta balik hadiah itu daripada Uwais. Tapi segalanya telah berlalu. Uwais memeluk kemas hadiah yang diberi dan berlalu pergi. Seakan itulah hadiah yang paling berharga buatnya.

……………………………………………………………………………………………………………………………….

Keesokan harinya Humairah mendapat berita daripada rakan sebilik Uwais iaitu jamal.

‘’ wah, baiknya kau umai bagi hadiah sampah kat Uwais..haha. kitaorang semalam berkumpul satu bilik nak tengok apa hadiah yang di bagi pada Uwais. Tergelak habis kami bila tengok hadiah tu. Hai.., sampai hati kau ye tapi kelakar juga. Owh, dalam diam-diam kau ada bagi surat kat uwais eh?’’ kata ramli.

‘’ surat?, takdelah, surat apa?’’tanya Humairah.

‘’eh, bukan surat ke. Cebisan kertas koyak-koyak tu bukan surat cinta ko ke?. Uwais, dia cepat-cepat ambil ceisan kertas tu sebelum kami sempat mengambilnya. Dia simpan dalam loker dia. Dia barangkali ingat itu surat cinta dari kau. Kesian Uwais,’’ sambung Ramli.

Humairah tidak tahan lagi sebak di dada. Lekas dia ke tandas dan menitiskan air mata hiba.

‘Uwais betul-betul suka aku rupanya. Aku ingat dia hanya mempermainkan aku seperti rakan-rakan ku dulu. Kenapa Uwais suka aku?, aku tak standing dengan engkau Uwais. Ramai lagi gadis cantik dan baik di sekolah ini. Aku tidak standing kau. Maafkan aku kerana melukakan hati kau. Aku mesti minta maaf pada kau,’ getus hati Humairah.

Pada waktu rehat sementara pelajar lain belum keluar Humairah mencari Uwais yang di kala itu sedang membeli makanan. Nampak wajah kesedihan di matanya. Humairah, menghampiri Uwais seakan-akan mahu membeli makanan juga dan kesempatan itu diabmil untuk meminta maaf pada Uwais. Ini la kali pertama Humairah cuba untuk berbicara dengan Uwais secara perseorangan.

‘’Uwais, minta maaf pasal semalam ye,’’ luah Humairah dengan perasaan kesal.

Uwais tersenyum mesra tetapi ada sekelumit kesedihan dipendam dalam hatinya.

‘’emm.. terima kasih’’ balas Uwais ringkas sambil berlalu pergi membawa makanan yang di beli.

Humairah tahu, walau kemaafan yang diucapkan, ia masih tidak dapat memadamkan kesedihan di hati Uwais yang telah hancur akibat perbuatannya. Uwais cuba untuk memadamkan nama Humairah dalam hatunya yang selama ini di pendam.

Humairah kembali menjalankan tugasnya selaku pengawas. Sedang dia mengelamun, dia disergah oleh Zaty dari belakang.

‘’uih, terkejut aku dibuatnya. Kenapa ada di sini zaty?, ini kawasan larangan,’’ kata Humairah.

‘’ aku nak jumpa kau la, aku tau kau dah dengar cerita dari budak bilik uwais kan. Dah heboh satu sekolah yang kau kenakan dia. Kesian dia umai, aku rasa sangat bersalah. Kau dah minta maaf ke?,’’ tanya Zaty.

‘’ dah, tapi aku tahu betapa terlukanya hati dia. Aku tak sangka dia ikhlas suka kat aku. Aku ingat dia hanya main-main. Sekarang ni pun dia dengan Ella kan.,’’kata Humairah.

‘’baru aku tahu umai, rupanya Uwais takde perasaan pun kat Ella. Ella hanya buat cerita dan cuba rapat-rapat dengan dia. Tu pasal budak-budak ejek dia dengan Ella. Hati dia masih pada kau,’’kata zaty.

‘’ aku bersalah Zaty, aku insaf. Pasni aku taknak sangka buruk pada orang lagi. tak semua lelaki hensem tak boleh dipercayai. Silap aku sebab buruk sangka.;’’ luah Humairah sambil menitiskan air mata keinsafan.

‘’sudahlah umai, yang berlalu biarkan berlalu. Moga ia menjadi pengajaran terbaik buat kita,’’.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

5 tahun berlalu, Humairah telah menjawat jawatan sebagai seorang Juruteknologi makmal perubatan di sebuah hospital pakar. Kesibukan sebagai seorang pekerja tidak menghalangnya untuk terus mendekatkan diri memimpin orang lain kearah kebaikan. Setiap minggu ada sahaja program-program keagamaan dan motivasi yang dikendalikannya. Dia bijak membahagikan masa antara kerjaya dan dakwah.

‘’ umai, hujung minggu ni ko free tak?,’’ tanya Liza rakan sekerja Humairah.

‘’ macam biasa la, ada program dengan Ikram, kenapa?,’’ balas Humairah.

‘’ hai.. Ikram lagi. takde masa nak jalan-jalan dengan aku ke?. Enjoy, shopping, tengok wayang ker. Asyik berprogram je kau ni, tak penat ke? Takde life la.’’ sambung Liza.

‘’itulah life aku, aku bahagia buat semua tu. Seronok, dan jiwa aku terisi, kau taknak ikut ke? Hujung minggu ni ada KBM tau.. kem keindahan bersamaMU, seronok!,’’ kata Humairah.

‘’ eh, tak mengapa la umai..hehe hati aku belum terbuka lagi nak pergi program macam gitu. Lain kali je la..hehe. tengah hari ni kita makan sama-sama ye,’’ balasnya.

‘’insyaAllah, aku nak siapkan dulu test HIV ni, nanti panggil la ye,’’ balas Humairah.

Humairah dan liza berada dalam jabatan yang sama iatu jabatan patologi tetapi unit yang berbeza. Humairah di unit serologi manakala Liza di bilik TB.

‘’ umai, jom kita lunch. Dah siap belum?,’’tanya umai sambil membuka bilik serologi.

Dia pelik melihat wajah Humairah seakan terkejut akan sesuatu.

‘’innalillahi wa inna illahi roji’un..’’ kata Humairah.

‘’ kenapa umai, sapa meninggal?,’’ tanya Liza. ‘’ tiada siapa meninggal, ni pesakit ni Liza. Dia junior aku time sekolah dulu. Dia HIV positif,’’ balas Humairah sambil menitiskan air mata.

‘’ owh, pesakit ni, Zilla. Aku ada baca profile dia. Tak silap dia ditahan di wad,’’ kata Liza.

‘’ aku nak pergi tengok dia, kau tahu wad apa?,’’ tanya Humairah.

‘’ wad aku tak tahu. Tapi, kita boleh call doctor. Kau pasti ke nak pergi melawat dia, tak takut kena…,’’ kata Liza.

‘’ kena apa? jangkitan?..Liza, kita tak boleh macam gitu. Kita tak boleh pulau pesakit. Kita kena tolong dia, kuatkan semangat dia. Lagipun, mana boleh berjangkit hanya dengan berbual, bersentuh kulit, berkongsi makanan.,’’kata Humairah.

‘’ A’ah, betul juga tu..hehe. Jom kita pergi melawat lepas makan ye,’’ kata Liza. Lalu mereka berlalu pergi.

Bersambung………………

Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meningal dunia. Jika ada sedikit persamaan kisah hidup dengan penulis mahupun pembaca ia hanyalah kebetulan.. sekian. Jumpa di sambungan akan datang, insyaAllah. Wassalam.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Friday, May 27, 2011

Istimewa buatmu wanita..

Istimewa buatmu wanita..

Terlalu banyak keistimewaan yang Allah berikan kepada seorang yang bergelar ‘wanita’. Sedar atau tidak, penat lelah yang ditanggung, ada ganjarannya di sisi Allah. Berikut antara ganjaran-ganjarannya:

1) ‘’Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.’’ (Riwayat Muslim)

2) ‘’ Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dikehendaki.’’ (Riwayat daripada Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik)

3) ‘’ Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya eristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).’’

4) Dari Muaz bin Jabal bersada Rasulullah s.a.w, ‘’ Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari api neraka.’’

5) ‘’Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah masukan mereka dalam syurga lebih dahulu dari suaminya ( sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.’’

6) ‘’ Ya Fatimah, jika seseoarang wanita menyapukan minyak ke ramut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratulmustaqim.’’

7) ‘’ Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka eristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seriu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.’’

8) ‘’ Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.’’

9) ‘’ Apaila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa daripadanya seperti keadaan iunya melahirkannya.’’

maMajalah AL ISLAM keluaran jun 2011