Permata Bahagia


marhaban2u.com

Tuesday, December 7, 2010

Syaitan mengejutkannya untuk solat

Syaitan mengejutkannya untuk solat

Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hamper terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan mengigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

‘’Mengapa kamu kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kamu amat benci pada orang yang solat?’’

‘’Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh,’’jawab syaitan. Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya. ‘’kenapa?’’.

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

‘’Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,’’ kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi, ‘’kau akan bersedekah. Kau akan bantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca Al-Quran untuk menampung dosamu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!’’

Pengajarannya: begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

Pesan nabi sebelum tidur… 1 minit sahaja..

Pesan nabi sebelum tidur… 1 minit sahaja..

Sebelum tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: ‘’ Ya Aishah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu:

1. Sebelum khatam Al-Quran
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di akhirat.
3. Sebelum para muslim meridhai kamu.
4. Sebelum kamu melaksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aishah
‘’Ya Rasulullah.. bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?’’
Rasulullah tersenyum dan bersabda “jika engkau tidur bacalah Al-Ikhlas 3x seakan-akan kau menghatam Al-Quran. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan member syafaat di hari kiamat. Beristifar untuk para muslimin maka mereka akan meredoimu. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah’’.
Pemurahnya Allah.. Sayangnya Dia kat kita..

1. Al-ikhlas 3x
2. Selawat keatas nabi. 3x
3. Istifar untuk muslimin 3x
4. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33x
Pastu bolehlah tidur… jangan lupa baca doa tidur ye..

Mimpi yang aneh

Mimpi yang aneh

Dalam satu musim haji, sebagaimana biasa radio negara Arab Saudi membuat program soal jawab agama secara langsung berkenaan permasalahan yang berkaitan ibadat haji. Para pemanggil bertanya soalan dan dijawab oleh pakar-pakar yang bertugas.

Seorang wanita telah menelefon dan bertanya ‘’Tuan sheikh, saya telah bermimpi suatu mimpi yang ganjil, bolehkan tuan mentafsirkan mimpi saya?’’

ulama tersebut menjawab ‘' kita dalam perbincangan berkenaan haji, bukannya mentafsir mimpi. Walaubagaimanapun, sila puan nyatakan mimpi tersebut.’’

Wanita itu menyambung ‘’ saya mimpi melihat seorang lelaki sedang tawaf mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!’’

ulama itu terdiam seketika lantas berkata ‘’sebenarnya, lelaki yang puan lihat itu telah mendapat haji yang mabrur. Dia sedang melakukan tawaf widak sebelum pulang ke kampong halamanya. Saya mentafsirkan sedemikian kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seseorang yang mendapat haji yang mabrur akan pulang sebagaimana hari ia dilahirkan. Setiap orang dilahirkan dalam keadaan telanjang. Puan sampaikan berita gembira kepada lelaki tersebut sekiranya puan mengenalinya. Ini adalah isyarat gembira daripada Allah kepadanya’’.

Lalu wanita itu menjawab spontan dengan penuh emosi ‘’Demi Allah sheikh, orang yang saya lihat dalam mimpi itu adalah tuan sendiri!’’ Tiba-tiba ulama tersebut terus sebak tidak meneruskan soal jawab pada hari tersebut.

Subhanallah! Ada manusia yang beroleh nikmat sehebat ini. Keikhlasan dan kesungguhannya menjaga tertib ibadah yang didasari ilmu serta kefahaman, akhirnya natijahnya kejayaan dan keindahan bukan sahaja di akhirat tetapi dapat dikecapi sejak di dunia lagi. Ya Allah kurniakanlah kami dengan haji yang mambrur..

Hanya 1 ½ jam..

Hanya 1 ½ jam..

Umur kita manusia masa kini tak akan pernah mencecah 200 tahun. Bahkan untuk umat Muhammad, umur kita adalah lebih kurang umur Baginda juga. Rasulullah pernah bersabda ‘’umur-umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun’’. Sangat sedikit antara mereka zaman ini adalah 63 tahun. Sekalipun berjaya mencecah 63 tahun, tempoh ini masih dikira terlalu singkat berbanding jangka hidup diakhirat yang kekal abadi (infiniti) sebagai perbandingan, Al-quran menyatakan 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Bayangkan…

Ini bererti jika kita berjaya hidup selama 63 tahun, maka itu sama dengan 1 ½ jam sahaja hidup di akhirat. Sangat singkat! Rasa yang terlalu singkat ini tidak akan kita rasai hakikatnya di dunia ini, tetapi di akhirat nanti pasti kita akan merasainya. Firman Allah yang menjelaskan hakikat itu berbunyi yang bermaksud:
‘’Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak) dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesame sendiri. Sesungguhnya rugilah orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)’’ (Surah Yunus 10:45)

Monday, December 6, 2010

Siapakah Ainul Mardiah?

Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi'i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111,
yang artinya sebagai berikut :


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka". Selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:"Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?" "Ya, benar, anak muda" kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:"Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan sorga."


Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu pemberangkatan pasukan, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.


Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ." Kami menduga dia mulai ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu.
Ia menjawab: "Tadi sewaktu aku sedang kantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: "Pergilah kepada Ainul Mardiyah." Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku , mereka bergembira seraya berkata: "Inilah suami Ainul Mardhiyah . . . . ."


"Assalamu'alaikum" kataku bersalam kepada mereka. "Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?" Mereka menjawab salamku dan berkata: "Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu" Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.


Akhirnya aku sampai pada kemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: "Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang . ..."


Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: "Bersabarlah, kamu belum diijinkan lebih dekat kepadaku, karena ruh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu." Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: "Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama".


Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melabrak mereka. Selesai pertempuran aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga ruhnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3163.0


Monday, November 22, 2010

Raja dan Tiga Orang Menterinya

Pada suatu hari seorang raja memanggil tiga orang menterinya datang mengadap. Setelah ketiga-tiganya datang mengadap baginda perintahkan supaya diberi kepada setiap orang menterinya satu karung kosong dan perintahkan mereka agar mengisi karung tersebut dengan buah-buahan yang ada di taman istana sampai penuh. Esok mereka mesti pulangkan kepada baginda karung yang telah diisi seperti yang diperintahkan.

Salah seorang daripada menteri itu memilih dengan cermat dan berhati-hati buah-buahan yang elok-elok dan diisi ke dalam karungnya untuk dipersembahkan kepada raja.

Manakala menteri yang seorang lagi berfikir raja sebenarnya bukan hendakkan buah-buahan itu untuk dirinya. Maka dia mengutip dan mengisi buah-buahaan sehingga penuh karungnya dalam keadaan malas tanpa mengira buah yang elok atau sebaliknya.

Menteri yang ketiga pula berfikir raja bukan hendakkan buah-buahan itu dan baginda tidak akan tengok pun apa yang ada di dalam karung. Lalu dia mengutip dan memasukkan apa saja yang tercapai oleh tangannya; rumput rampai, daun-daun kering dan sebagainya sehingga penuh karung.

Keesokan harinya ketiga-tiga menteri itu datang mengadap dengan membawa karung masing-masing yang telah penuh berisi.

Dengan tidak semena-mena raja memerintahkan ketiga-tiganya dipenjarakan bersama karung masing-masing di dalam bilik kurungan yang berasingan di luar kota tanpa dibekalkan sebarang makanan dan minuman selama tiga bulan. Tidak ada siapapun yang dibenarkan datang melawat dan mengirim makanan atau minuman.

Bayangkan nasib mereka di dalam penjara masing-masing!!!

Menteri pertama tidak mengahadapi sebarang masalah. Dia dapat menikmati semua buah-buahan yang elok yang telah dipilihnya dengan penuh hati-hati.

Yang kedua agak perit kerana karungnya bercampur aduk antara buah yang elok dengan yang busuk. Dengan susah payah dia terpaksa memilih mana yang elok saja untuk mengisi perutnya.

Manakala yang ketiga, alangkah malang nasibnya. Karungnya hanya berisi daun-daun kering dan rumput rampai yang tidak boleh dimakan. Tidak sampai tiga bulan dia sudah mati kelaparan.

Demikian bandingan hidup kita. Dunia ini laksana sebuah taman yang penuh dengan pelbagai peluang untuk mengutip amal soleh untuk dibawa bekal ke akhirat nanti, untuk dibawa bekal ketika kita dipenjara di dalam kubur nanti. Amalan yang soleh itulah bekalan, teman, makanan dan cahaya yang menerangi kegelapan di sana nanti.


Maka adakah kita telah mengutip bekalan secukupnya untuk hari yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja? 



Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Thursday, November 11, 2010

Rama-rama dan bunga

seorang lelaki berdoa pada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat. lelaki itu sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaanya. Dan memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik. Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah semestinya cara terbaik. Walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang diminta pada masa yang sesuai. Apa yang anda minta tak semestinya apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini....adalah BUNGA hari esok! Allah mengurniakan pilihan terbaik pada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya..