Setelah bertarawih di surau, ku pulang semula ke rumah indah
itu. Kami semua bersama menonton tv, dan berbual mesra dengan mak cik dan
pakcik.. tiada topik serius yang dibincangkan. Aku menonton tv, manakala
fikiran ke mana.. dia atau Faizil tak tahu kemana, barangkali di dapur..
Kutatap tv, fikiranku kabur.. tiba2, bayangan si dia melintasi tv sambil
sedikit membongkokkan diri, dikala tepat di hadapan mataku kulihat di menoleh
seimbas melihatku, lalu tunduk kembali dan pergi masuk ke dalam bilik.. hatiku mula rasa tak sedap. ‘tektik
apakah ini, sempat dia menoleh melihatku walau seketika’.. aku mulai rasa tidak
enak.
Setelah lama di sana kala hari semakin larut malam, aku dan
rakan muali meminta izin untuk balik. Pak cik tiba-tiba memanggil faizil, untuk
menghantar kami pulang dengan kereta. Kawanku, selaku sepupunya sempat membisik
kearah kami. Dia menyatakan dia pelik dan tidak menyangka, Faizil yang disuruh
untuk menghantar kami pulang. Kami akhirnya hanya menurut..
Ketika bersalaman dan berbalas ucapan salam, pakcik sempat
erpesan kepadaku.
‘’akak, dalam kereta nanti jangan senyap je’’.. aku pada
mulanya tidak mengerti dengan kata2 itu..
Setelah lama ku fikir, baru aku faham, mungkin ini rancangan
mereka..hehe lambat ‘pick up’ la aq nie.hehe..
Tapi apa yang berlaku dalam kereta.. masing2 membisu seribu
bahasa.. hingga sampai ke rumah. Tak berlaku seperti yang diharapkan mak cik
dan pak cik.. tiada perbualan, tiada perkenalan kerana karana mulut berat, hati
kelu, dan aku masih lagi merasa yang dia tidak suka padaku..
BERSAMBUNG...