Pagi ini aku meluangkan masa bersama faizil bagi membeli
barang keperluan dapur di sebuah super market ternama. Sedang aku melalui kaki
lima bangunan, segerumbolan orang mengerumun di satu tempat.
‘’ sebab apa ramai orang kat situ yer? Jom kita pergi tengok,’’
kata ku sambal tangan ku menarik tangan Faizil untuk segera sampai di kerumunan
orang itu.
‘’ eh, Anuar Zain la! Tak sangka dia ada buat show kat
sini,’’ kataku penuh teruja. Aku sememangnya peminat Anuar Zain. Lagu-lagunya
sering aku nyanyikan sewaktu memasak di dapur. Faham benar suamiku dengan
sikapku. Kakalu sesuatu lagu itu aku minat, tak jemu-jemu mengulang lagu itu.
‘’ jangan tengok dia lama-lama, tak baik lah ayang,’’
berkata kepadaku sambal cuba menarik semula tanganku dari kerumunan orang
tersebut.
‘’ ala, abang. Bukan selalu dapat jumpa Anuar Zain. Sekejap
la abang, nanti kita sambung la shopping,’’ ujurku.
‘’ abang lagi muda, lagi hensem daripada dia. Tengok abang
je cukup,” kata suamiku. Sebenarnya dia jarang bersikap sebegitu. Bila dia
benar-benar cemburu, memang terserlah kecemburuannya. Mana tak cemburukan,
kekasih hati melihat orang lain.
Pernah sekali suamiku ternampak rakan sekerja lelakiku
berbual dengan aku sambal tersenyum-senyum. Di kala itu Faizil sedeng
menjemputku pulang dari kerja. Bila aku masuk ke kereta, masam mencuka muka
suamiku itu. Bila di tanya kenapa, dia kata dia rasa nak tumbuk sahaja lelaki
yang senyum kepadaku itu. Rupanya cemburu!.
Sejak itu, aku mula menjaga pergaulan ku, kalau berbual
dengan lelaki aku tak akan layan mereka lebih-lebih. Berbual hal-hal penting
sahaja. Aku lebih suka menjaga hati suamiku. Dia keutamaanku. Aku juga berharap
dia juga dapat menjaga pergualan dia bersama rakan-rakan sekerja perempuannya
walaupun di luar pengetahuanku.
Seperti ayat Al-quran yang sering aku baca,
“Katakanlah kepada
orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Surah Nur, Ayat 30)
Ada juga hadis yang menyatakan Rasulullah bersabda “Wahai Ali, janganlah pandangan pertama kau ikuti dengan
pandangan berikutnya.
Untukmu pandangan pertama, tetapi bukan untuk berikutnya.”
(HR. Tirmidzi)
‘’ baiklah abang, jom kita sambung beli barang,’’ ujurku
sambil ketawa kecil melihat muka suamiku merah menahan rasa cemburu.